Berita Harian

Syor pelantikan sementara dalam kalangan ahli PGSM

-

Kuala Lumpur: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangk­an supaya pelantikan jawatan pegawai sulh dibuat secara sementara dalam kalangan ahli persatuan itu bagi tempoh jangka pendek.

Presidenny­a, Musa Awang, berkata langkah sedemikian mampu meningkatk­an keupayaan penugasan kepada pegawai berkenaan, malah mengurangk­an perbelanja­an seiring langkah penjimatan kos pengurusan oleh kerajaan.

“Pegawai yang dilantik secara adhoc ini, perlu menerima elaun berpatutan yang dibayar kerajaan, dengan syarat peguam syarie berkenaan menandatan­gani surat konflik kepentinga­n ( conflict of interest) serta sulit dan rahsia ( private and confidenti­al),” kepada BH.

Beliau mengulas saranan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, yang menyaranka­n Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) menambah bilangan perjawatan pegawai sulh bagi mengurangk­an kes tertunggak di Mahkamah Syariah.

Perlu pertingkat kemahiran

Musa berkata, seiring pertambaha­n pegawai menerusi cara itu, pegawai sulh sedia ada juga perlu dipertingk­atkan kemahiran dan pengetahua­n mengenai undangunda­ng berkaitan Kanun Tanah Negara, Akta Syarikat dan Akta Kontrak.

Katanya, kemantapan kemahiran lebih menjadi keutamaan serta diperlukan pada masa ini bagi memastikan tidak berlaku perjanjian sulh yang tidak boleh dikuatkuas­akan menurut undang-undang.

“Contohnya, aduan diterima daripada ahli persatuan mengenai ada perjanjian sulh berkaitan pembahagia­n tanah lesen menduduki sementara sebagai harta sepencaria­n. Ia akan mudah untuk diselesaik­an.

“Contoh lain perjanjian sulh tentang hak lawatan atau bermalam anak yang tidak menyatakan tarikh dan masa untuk ambil dan hantar, yang kebiasaann­ya akan mendatangk­an masalah apabila memohon perintah pelaksanaa­n atau perintah pengkomita­n (di mahkamah),” katanya.

Tambah peranan ahli PGSM

Musa berkata, peranan ahli PGSM dalam kes yang dikendalik­an oleh pegawai sulh juga sepatutnya diperbanya­kkan seperti membenarka­n peguam syarie hadir ketika sesi majlis sulh.

“Perjanjian sulh yang dibuat oleh pegawai sulh boleh dirujuk kepada peguam syarie terlebih dulu sebelum dibawa ke hadapan hakim untuk diperintah­kan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia