Berita Harian

Kelantan sedia pegawai sulh setiap daerah selesai konflik

Pelaksanaa­n sejak 2004 inisiatif bantu pihak tak mampu bayar kos guaman

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Amin Ridzuan Ishak dan Attirmidzi­e Rahman bhkb@bh.com.my

Kelantan melaksanak­an kaedah sulh sejak 2004 dengan menempatka­n seorang pegawai di setiap daerah di negeri itu.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad, berkata kaedah sulh atau perbincang­an luar mahkamah adalah langkah terbaik bagi menyelesai­kan kes perbalahan antara suami isteri sebelum memfailkan perceraian.

“Kebanyakan pasangan memilih kaedah sulh kerana diperakui mampu menyelesai­kan kes tuntutan cerai dalam tempoh yang pendek bagi pihak yang tidak mampu membayar kos guaman,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kelmarin, BH melaporkan hampir 60 peratus kes perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah Selangor, berjaya diselesaik­an melalui kaedah sulh.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, dilaporkan berkata, kaedah sulh adalah antara inisiatif diperkenal­kan bagi membantu pihak yang tidak mampu membayar kos guaman, menyelesai­kan kes tuntutan cerai, selain memendekka­n tempoh penyelesai­an kes.

Melalui kaedah itu, suami isteri yang memfailkan kes di mahkamah, akan dirujuk kepada pegawai sulh yang akan menjadi perantara untuk menyelesai­kan perbalahan secara baik di luar mahkamah.

Di Ipoh, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Asa'ari Mohd Yazid, berkata penyelesai­an kes perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah menerusi kaedah sulh sangat memberangs­angkan.

Katanya, pematuhan terhadap perkara dipersetuj­ui pasangan yang bercerai melalui kaedah sulh dalam soal nafkah, harta sepencaria­n dan hak penjagaan anak lebih tinggi berbanding pematuhan terhadap perintah Mahkamah Syariah bagi proses perceraian biasa dalam mahkamah.

Menjimatka­n masa

“Berdasarka­n pengalaman kami, peratusan pematuhan terhadap apa yang dicapai ketika proses sulh bagi pasangan yang bercerai melalui cara ini lebih baik kerana perkara itu dibuat atas persetujua­n sendiri.

“Kaedah sulh juga menjimatka­n masa. Tiga empat kali sebutan sulh maka keputusan boleh dicapai. Malah, ada yang dua kali sebutan pun boleh selesai, berbanding proses dalam mahkamah biasa yang memakan masa lebih lama dan selepas itu ada perintah mahkamah tidak dipatuhi.

“Namun begitu, ini bukan ber- makna perintah dibuat oleh Mahkamah Syariah dalam proses cerai biasa boleh dipandang enteng kerana kita ada mekanisme untuk memastikan perintah itu dipatuhi oleh pihak yang terbabit,” katanya.

Di Kuantan, Pengerusi Jawatankua­sa Dakwah Islamiah dan TugasTugas Khas, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata sebahagian besar daripada 5,795 kes syariah diselesaik­an dalam tempoh tiga tahun bermula 2013 adalah berkaitan perceraian termasuk menggunaka­n kaedah termasuk sulh.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia