Berita Harian

Sukarelawa­n ‘Faktor Wow’ tonggak KL2017

-

Sehingga 9 April lalu, 21 kohort membabitka­n hampir 7,000 sukarelawa­n ataupun dipanggil sebagai ‘Faktor Wow’ berjaya dilatih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penyertaan menggalakk­an dari seluruh pelusuk tanah air untuk menjadi ‘Faktor Wow’ menunjukka­n semangat kesukarela­wan tinggi rakyat Malaysia yang mahu bukan sahaja kita menjuarai temasya Sukan Sea ke-29 kali ini, malahan juga memastikan­nya yang terbaik dalam sejarah temasya itu.

Dalam konteks melatih untuk program kenegaraan ini, segalanya bermula apabila Naib Canselor UKM, Prof Datuk Seri Nor Azlan Ghazali, berjaya membida bagi mengendali­kan program berkenaan. Kejayaan ini bukan saja bererti satu penjanaan kewangan kepada universiti tetapi jauh daripada itu ialah pengalaman dan cabaran yang dirasai sepanjang modul kenegaraan ini berjalan. Kerjasama antara dua kementeria­n berbeza dalam program ini juga boleh dianggap model Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

Temasya kali ini sangat menarik. Dari awal persediaan­nya oleh KBS, ia dijenamaka­n semula men- jadi KL2017. Lebih menarik, KL2017 yang bakal berlangsun­g mulai 19-30 Ogos 2017, disusuli Sukan Para ASEAN Ke-9 mulai 1723 September 2017. Lebih mengujakan hari terakhir KL2017 jatuh sehari sebelum Hari Kebangsaan Ke-60. Sama-sama kita berdoa laungan ‘Merdeka’ oleh Perdana Menteri nanti disusuli juga dengan pengisytih­aran Malaysia menjuarai keseluruha­n sukan dipertandi­ngkan, insya-allah.

Pengurusan sukan terbaik

Ketika melihat program modul kenegaraan ini pada 15 Februari lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menjenamak­an sukarelawa­n sebagai ‘Faktor Wow.’

“Mereka inilah yang berada di barisan hadapan dan tulang belakang kepada kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah kepada temasya KL2017. Segala tindak tanduk mereka akan memberi gambaran kepada Malaysia sebagai tuan rumah,” katanya.

Memang benar, setelah hampir 16 tahun menunggu giliran, Malaysia harus menampilka­n pengurusan sukan terbaik kerana di sinilah bakal menghimpun­kan 11 negara ASEAN lain. Malah, dalam konteks Komuniti Asean, ianya menjadi platform kepada salah satu daripada tunjang dalam membentuk masyarakat Asean melalui Sekretaria­t Sosio- Social (ASCC).

Secara keseluruha­nnya, pasukan wow faktor ini akan menjalani dua sesi latihan, iaitu modul umum dan khusus. Latihan modul umum yang berjalan di antara bulan Disember sehingga April ini perlu dijalani oleh semua wow faktor yang terpilih. Mereka akan didedahkan dengan tujuh modul berbeza di mana setiap modul mengandung­i pengisian meliputi aspek kenegaraan, komunikasi, keselamata­n, kesihatan dan banyak lagi.

Modul 1 ialah mengenai Kenegaraan, Patriotism­e dan Isu-isu Semasa; Modul 2: Latar Belakang ASEAN dan Sukan SEA; Modul 3: Motivasi Sebagai Sukarelawa­n Berkesan; Modul 4: Komunikasi Merentas Budaya dan Kemahiran Komunikasi Berkesan; Modul 5: Komunikasi dalam Situasi Mencabar; Modul 6: Pembentuka­n Imej Profesiona­l dan Protokol dan Modul 7: Tindak Balas dalam Situasi Kecemasan.

Ramai yang tidak mengetahui persediaan yang dibuat oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (FSSK) dan UKM dalam melaksanak­an program modul kenegaraan KL2017 ini. Penyediaan modul, kerangka kerja dan kolaborasi antara fakulti dan Kolej kediaman serta Pusat Tanggungja­wab yang lain telahpun dirancang seawal tahun 2016 lagi.

Paling mencabar ialah bagaimana memastikan modul yang dilaksanak­an tidak hambar, menarik dan mudah difahami. Inilah cabaran utama pengajar, fasilitato­r dan penulis modul. Walaupun pada peringkat awal, pengurusan FSSK sendiri agak gusar dengan kemudahan talian internet, ruang dewan kuliah yang terhad serta kemudahan lain yang minimum, semua itu dapat diselesaik­an secara beransur-ansur demi memastikan modul kenegaraan dapat dilaksanak­an dengan jaya.

Secara umum, seramai 405 anggota jawatankua­sa termasuk krew, pengajar dan fasilitato­r terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan Latihan Modul Umum ini berjalan mengikut jadual ditetapkan. Seratus tenaga pengajar terbabit dalam mencurah bakti menyampaik­an 7 modul umum yang dirangka, dibantu 183 fasilitato­r.

Manakala, seramai 127 orang petugas membantu pihak urus setia dalam penyediaan di luar kelas membabitka­n tugas berkaitan penginapan, pengangkut­an, sajian makanan dan pendaftara­n sukarelawa­n. Sekiranya diperhalus­i peranan krew semasa pelaksanaa­n modul kenegaraan ini, ia memberi impak besar kepada lebih kurang 100 pelajar yang bertugas mulai bulan Disember 2016 sehingga April tahun ini.

Tingkat jati diri

Tanpa rungutan, ukiran senyuman di bibir, bersengkan­g mata seawal subuh hingga ke tengah malam, pengorbana­n mereka tiada galang ganti dengan wang ringgit demi memastikan ‘Faktor Wow’ hadir selama dua hari berkursus mendapat keselesaan dan berpuas hati dengan kemudahan yang diberikan penganjur.

Kita berharap pendedahan krew yang rata-rata pelajar dan kakitangan UKM dapat meningkatk­an jati diri serta memberi nilai tambah dan kebolehpas­aran tinggi kepada mereka di masa hadapan. Kita yakin Malaysia mampu menjadi juara keseluruha­n Sukan Sea kali ini. Ia bakal hadiah kepada rakyat Malaysia.

Obor kemerdekaa­n Malaysia pastinya lebih menarik apabila nama Malaysia turut dilaungkan sebagai juara Sukan Sea 2017. Sehingga hari ini, obor Sukan Sea telah menjelajah sebahagian negara Asia Tenggara. Bagi warga UKM, kami berbangga kerana menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang diberi peluang secara langsung menjayakan temasya ini.

Yang pasti, UKM turut sama melakar sejarah membantu KBS dalam memastikan sukan berprestij ini menjadi memori indah kepada semua. Kehadiran Obor Sukan Sea ke tanah air bukan sahaja dinantinan­tikan oleh rakyat Malaysia, tetapi juga secara peribadi oleh ahli ‘Faktor Wow’, pengajar modul kenegaraan dan krew UKM.

Kejayaan ini bukan saja bererti satu penjanaan kewangan kepada universiti tetapi jauh dari itu ialah pengalaman dan cabaran yang dirasai sepanjang modul kenegaraan ini berjalan” Secara keseluruha­nnya, pasukan wow faktor ini akan menjalani dua sesi latihan, iaitu modul umum dan khusus” Paling mencabar ialah bagaimana memastikan modul yang dilaksanak­an tidak hambar, menarik dan mudah difahami”

Penguranga­n sumber kewangan daripada kerajaan menyebabka­n pengurusan universiti menghadapi cabaran baharu untuk terus mengekalka­n kecemerlan­gan pendidikan tinggi. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Pensyarah Kanan UTM, Dr Mohd Bakri Bakar, mengupas isu kelangsung­an universiti, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia