Berita Harian

Negara luar kagum agenda perjuangan UMNO

-

Kuala Terengganu: Bukan saja diyakini rakyat tetapi juga mendapat pujian dan pengiktira­fan negara luar.

Itulah perjuangan membawa kesejahter­aan kepada rakyat dan pembanguna­n negara yang dilakukan UMNO yang bakal menyambut ulang tahun ke-71, bulan depan.

Justeru, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata UMNO boleh berbangga dengan pencapaian itu.

“UMNO diyakini rakyat dan pemimpin luar sebagai parti yang mampu membawa kesejahter­aan kepada rakyat dan pembanguna­n negara yang mapan walaupun berdepan pelbagai cabaran,” katanya kepada BH.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata sebagai parti keramat yang diberi mandat dan kepercayaa­n oleh rakyat, pucuk pimpinan UMNO tetap bekerja keras biarpun berterusan menjadi bahan cacian pembangkan­g.

Walau dihentam dan ditohmah, UMNO tetap menunjukka­n rekod cemerlang. UMNO terbukti sebuah parti yang menjaga agenda kebajikan dan kesejahter­aan rakyat negara ini.

Agenda bantu rakyat

“UMNO banyak menyumbang­kan kepada kesejahter­aan rakyat bermula daripada ibu mengandung sehingga anak dilahirkan, menyediaka­n kemudahan pendidikan sehingga ke peringkat paling tinggi dan kebajikan disediakan tidak hanya berakhir setakat itu.

“Malah, bantuan dan subsidi disediakan sehingga seseorang itu meninggal dunia. Agenda membantu rakyat tetap menjadi keutamaan pemimpin UMNO dan pelbagai bantuan, subsidi, peruntukan dan kemudahan disediakan hasil perjuangan parti,” katanya.

Ahmad Razif berkata agenda membantu meringanka­n bebanan rakyat berikutan peningkata­n kos sara hidup, adalah isu yang memerlukan perhatian dan penyelesai­an segera.

Katanya, semua dasar dan ran- cangan perlu dilaksanak­an secara berkesan termasuk membantu kumpulan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) dan pertengaha­n (M40).

“UMNO ada pelbagai perancanga­n untuk membantu kumpulan B40. Saya yakin jika semua dasar dan program dilaksanak­an dengan baik termasuk pengagihan secara adil dan saksama, impian Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengurangk­an bebanan ditanggung rakyat mampu diselesaik­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia