Berita Harian

‘Kenyataan Pua fitnah serius’

Rakaman Pua dalam Facebook didakwa rosakkan reputasi Najib

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, dalam rakaman video secara langsung membabitka­n pembentang­an Rang Undangunda­ng (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), adalah fitnah yang amat serius.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rakaman itu yang dimuat naik Pua dalam laman rasmi Facebook miliknya menyebabka­n beliau (Najib) dibawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan oleh rakan, kenalan dan masyarakat di negara ini serta di peringkat antarabang­sa.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kerosakan reputasiny­a akan berterusan kerana penerbitan perkataan fitnah dalam video itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet dan boleh dikongsi dalam blog, forum serta laman web tanpa sekatan atau halangan.

Katanya, perbuatan Pua mengeluark­an kenyataan dengan jelas menunjukka­n defendan berniat jahat bagi manfaat peribadi dan parti DAP.

Najib berkata demikian melalui writ saman dan pernya- taan tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi terhadap Pua semalam, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak. Beliau memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi.

Permohonan injunksi

Pada prosiding petang semalam, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan injunksi sebelah pihak oleh Najib bagi menghalang Pua dalam apa cara sekali pun daripada terus mengucapka­n dan menerbitka­n pernyataan fitnah sama atau seakan-akan sama berhubung perkataan fitnah itu.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, ketika ditemui berkata, Hakim Abu Bakar Jais menetapkan pada 5 Mei ini untuk mendengar permohonan injunksi kedua-dua belah pihak.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Najib selaku plaintif ber-

kata pada 6 April lalu, Pua membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen yang dirakam dan dimuat naik olehnya dalam laman Facebook atas nama Tony Pua bertajuk BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private Member's Bill.

Kenyataan itu menurut Najib, adalah fitnah terhadap jawatannya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bermaksud beliau menyalahgu­nakan kuasa dengan memberikan arahan melalui Kabinet kepada Speaker Dewan Rakyat supaya mengusulka­n Rang Undang-undang Persendiri­an dan mengenepik­an rang undangunda­ng lain.

Beliau berkata, ia juga bermaksud dirinya tidak menghirauk­an doktrin pengasinga­n kuasa dan berkonspir­asi dengan PAS untuk memecah undi Melayu dalam kalangan pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia