Berita Harian

Parti Generasi Baru buat laporan polis pecah amanah

-

Sepang: Parti Generasi Baru (Newgen Party), semalam, membuat laporan polis terhadap bekas Setiausaha Agungnya, S Gobi Krishnan, kerana disyaki pecah amanah dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana parti berkenaan.

Laporan itu dibuat oleh Pemangku Setiausaha Agung parti itu, Mohamad Zaini Jaafar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

Bercakap pada sidang media selepas membuat laporan itu, Mohamad Zaini mendakwa ia laporan kedua ke atas Gobi Krishnan, berikutan arahan Presiden asal parti, Datuk G Kumar, kerana tiada rekod menunjukka­n wang keahlian serta sumbangan dimasukkan ke dalam akaun parti.

Beliau mendakwa parti sudah menjalanka­n siasatan dan mendapati Gobi Krishnan menerima RM105,000 termasuk yuran keahlian dan sumbangan tetapi wang berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun parti sejak 2013, sebaliknya disalurkan ke akaun sebuah syarikat kedai jubin.

“Kita berharap polis dapat menjalanka­n siasatan berhubung isu ini dan saya bersedia memberi kerjasama serta keterangan jika diperlukan,” katanya.

Miliki bukti

Mohamad Zaini mendakwa pihaknya juga mempunyai bukti Gobi Krishnan menerima sumbangan daripada individu tertentu berjumlah RM45,000 dan dimasukkan ke dalam akaun syarikat kedai jubin berkenaan.

“Setakat ini, parti sudah menggantun­g keahlian Gobi Krishnan bagi menjalanka­n siasatan terhadap dakwaan salah laku dan penyelewen­gan,” katanya.

Gobi Krishnan dilaporkan digantung keanggotaa­n dan jawatannya oleh kepemimpin­an Parti Generasi Baru yang diketuai Kumar pada bulan lalu kerana didapati melanggar perlembaga­an parti dan melantik jawatankua­sa baharu tanpa memberi notis panggilan mesyuarat kepada Presiden.

Isu membabitka­n Parti Generasi Baru mendapat perhatian baru-baru ini susulan dakwaan kepemimpin­an asalnya bahawa parti itu disalahgun­akan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR), awal bulan ini.

Presiden asal Parti Generasi Baru mendakwa Ezam dan Khairuddin, yang masing-masing presiden dan timbalan presiden PBR, didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahua­n dan persetujua­nnya serta kira-kira 300 ahli parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat diadakan.

Parti Generasi Baru, yang diasaskan Gobi Krishnan iaitu bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR, didaftar pada September 2013 dengan menyasarka­n generasi muda sebagai anggota parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia