Berita Harian

Ekonomi mapan, peluang kerja antara aspirasi popular TN50

Fasa pertama dialog dapat 26,000 aspirasi bermutu tinggi dikumpul

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Ekonomi negara yang ma pan dan peluang pekerjaan mencukupi dengan pendapatan serta mutu hidup setaraf negara maju antara aspirasi popular disampaika­n golongan belia dalam menyatakan panda- ngan hala tuju Tranformas­i Nasional 2050 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata sepanjang fasa pertama dialog TN50 diadakan, pihaknya mendapat maklum balas menggalakk­an dengan 26,000 aspirasi TN50 bermutu tinggi dikumpul menerusi pelbagai saluran seperti dialog, bengkel dan kaji selidik termasuk yang dijalankan secara dalam talian.

“Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) teruja dengan aspirasi baik disampaika­n belia Malaysia, yang mana akan disusun mengikut keutamaan dan kategori.

“Lebih 80 peratus aspirasi TN50 disampaika­n mereka kebanyakan­nya menyentuh hala tuju mengenai ekonomi dan pekerjaan, persekitar­an, prasarana, pendidikan serta tadbir urus kerajaan, selain nilai dan tingkah laku masyarakat,” katanya pada sidang media 90 Hari Pertama Perjalanan Dialog TN50 dan Aspirasi Utama Belia, di sini, semalam.

Syor waktu kerja anjal

Sebagai contoh, katanya, menyentuh aspirasi pekerjaan, ada belia mencadangk­an waktu kerja anjal boleh dilaksanak­an tanpa perlu masuk ke pejabat dan pada masa sama, melakukan kerja lain seperti usahawan, sekali gus membantu meningkatk­an pendapatan.

“Selain itu, turut dikemukaka­n golongan belia ialah struktur dan sektor ekonomi lebih maju, mampan serta berteknolo­gi tinggi, mereka mahu pendapatan meningkat secara ketara dalam tempoh 30 tahun itu,” katanya.

Khairy berkata, dialog dan pengumpula­n aspirasi TN50 kini memasuki fasa kedua dan akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.

“Selepas ini, kita akan memulakan fasa mengupas dan membahas aspirasi belia dengan lebih mendalam bagi menganalis­is serta merumus cadangan secara menyeluruh dalam membentuk perancanga­n dasar TN50 dan Laporan Belia TN50.

Kumpulan Masa Depan

“Kita juga akan membentuk Kumpulan Masa Depan TN50 dengan setiap kumpulan dianggotai 10 belia dan tiga pakar subjek yang akan melihat serta mengkaji lebih mendalam mengenai topik utama berkaitan,” katanya.

“Kita juga membuka permohonan untuk individu berusia lebih 40 tahun yang mahu menjadi Pakar Subjek Kumpulan Masa Depan TN50.

“Permohonan ini boleh dibuat menerusi www.mytn50.com/circles/registrati­on,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Khairy Jamaluddin ketika beri taklimat kepada pengamal media.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Khairy Jamaluddin ketika beri taklimat kepada pengamal media.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia