Berita Harian

Lemah selenggara jadi punca

PPIM, FOMCA mahu semua pihak main peranan

- Oleh Badrul Kamal Zakaria dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Dua persatuan pengguna dan aktivis masyarakat mengesan kelemahan penyelengg­araan punca taman permainan kanak-kanak tidak dijaga dengan baik sehingga menyebabka­n kemudahan awam itu bukan sahaja kotor tetapi tidak selamat digunakan.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mahu semua pihak menangani isu berkenaan secara menyeluruh dan memainkan peranan dalam memastikan kemudahan awam itu sentiasa dalam keadaan baik.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata PPIM melihat taman permainan kanak-kanak ini tidak dikendalik­an dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan dengan kemudahan itu nampak kotor dan tidak sesuai digunakan.

Selain itu, katanya, bahan binaan yang digunakan di taman permainan ini gagal menepati keperluan untuk kanak-kanak sehingga ia mengancam keselamata­n mereka.

“Biasanya kemudahan ini disediakan oleh majlis tempatan tetapi ada juga taman permai- nan ini bersifat persendiri­an atau dibina oleh pihak swasta. Bagi persendiri­an dan swasta, kita tidak tahu mereka pasang macam mana,” katanya.

Beliau mengulas laporan BH semalam mengenai hasil tinjauan di beberapa negeri di seluruh negara mendapati kebanyakan taman permainan kanak-kanak bukan sahaja usang tetapi banyak peralatann­ya rosak, patah serta berkarat dan membahayak­an pengguna, terutama kanak-kanak.

Sedia peruntukan khas

Sementara itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, pula mencadangk­an pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan peruntukan khas setiap tahun khusus untuk penyelengg­araan taman permainan di seluruh negara.

“Peruntukan ini harus diumumkan secara konsisten pada setiap tahun supaya ia menjadi tanggungja­wab yang lebih berkesan dilakukan PBT.

“Bajet terpulang kepada setiap PBT, namun mereka perlu bertanggun­gjawab dengan setiap taman permainan yang harus diselengga­ra. Jangan lepas tangan dan akhirnya membahayak­an kanak-kanak,” katanya.

Presiden FOMCA, Prof Datuk Dr N Marimuthu, pula berkata taman permainan mempunyai piawaianny­a tersendiri dan ia perlu dipatuhi semua pihak.

Katanya, kebanyakan kemudahan itu juga didapati terbiar tanpa penyelengg­araan daripada pihak berwajib.

“Kadang-kadang dalam tempoh dua tahun, ia sudah usang, berkarat, patah dan skru pemasangan­nya tidak lagi dalam keadaan baik. Pihak berwajib perlu membuat pemantauan secara berterusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia