Berita Harian

Budak lebih mudah cedera abdomen

-

Muar: Kanak-kanak lebih terdedah kepada kecederaan abdomen yang serius kerana tulang rusuk mereka lembut dan tidak dapat memberi perlindung­an pada organ padat seperti orang dewasa.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, Dr Tan Eva, berkata dinding abdomen yang lebih nipis juga menyebabka­n ia kurang menyerap hentaman berbanding orang dewasa.

Katanya, saiz fizikal kanakkanak yang lebih kecil menyebabka­n hentaman kuat boleh memberi kesan yang menyeluruh seterusnya mendapat kecederaan lebih serius.

“Kanak-kanak memiliki tubuh badan kurang berlemak berbanding orang dewasa dan keadaan rangka tulang yang lebih elastik bagi melindungi organ dalaman mereka,” katanya pada kenyataan media

Dr Eva berkata, di Jabatan Pediatrik HPSF Muar, pihaknya bagaimanap­un tidak mengumpul statistik kes kecederaan di taman permainan kerana kes hanya dirujuk di Jabatan Kecemasan.

Tak kenal bahaya

Katanya, hanya kes yang serius akan dimasukkan ke wad dan ia biasanya dirawat oleh pakar ortopedik atau pakar bedah, tertakluk jenis kecederaan.

Beliau berkata, kanak-kanak tidak mengenal bahaya yang mungkin wujud di kawasan sekeliling, selain mereka juga bersikap ingin tahu serta mahu menguji kemampuan sendiri.

Katanya, mengikut National Programme For Playground Safety (NPPS) Iowa, Amerika Syarikat, taman permainan boleh dibahagika­n kepada tiga peringkat mengikut tahap perkembang­an semasa kanak-kanak.

 ??  ?? Keadaan taman permainan kanak-kanak yang tidak diselengga­ra di Sri Maamor.
Keadaan taman permainan kanak-kanak yang tidak diselengga­ra di Sri Maamor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia