Berita Harian

Unit RMMJ kuota Melayu kurang sambutan

Pemaju mohon tukar status kepada Kuota Awam Terbuka

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Kerajaan Johor mengesan unit kediaman bagi Kuota Awam Melayu (KAM) di beberapa projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bertingkat di bandar raya ini, kurang mendapat sambutan daripada kelompok kumpulan itu.

Situasi itu menyebabka­n pemaju terpaksa membuat permoho- nan kepada kerajaan negeri bagi menukar status KAM unit berkenaan kepada Kuota Awam Terbuka (KAT) bagi membolehka­n ia terjual.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata sehingga kini pihaknya mengenal pasti hampir 300 unit lebihan hanya daripada dua projek projek perumahan bertingkat di bandar raya ini.

Katanya, dua projek RMMJ berkenaan adalah pangsapuri yang terletak di Taman Molek (Mukim Plentong) dan apartmen di Taman Denai Nusantara (Mukim Tanjung Kupang) di sini.

“Saya nampak RMMJ bertingkat di bawah KAM ada kecenderun­gan yang orang Melayu sendiri tidak mahu membelinya meskipun ia ditawarkan dengan harga murah iaitu RM150,000.

“Di Taman Molek, sebanyak 640 unit kediaman dibina dan daripada jumlah itu sebanyak 303 disediakan bagi KAM, namun hanya 174 permohonan (proses pengeluara­n sijil) dilakukan menjadikan baki unit sebanyak 129.

Orang Melayu tak berminat

“Bagi Taman Denai Nusantara, 1,109 unit dibina dan daripadany­a 507 diperuntuk­kan sebagai KAM, tetapi hanya 351 sijil dikeluarka­n menjadikan baki tidak berpenghun­i sebanyak 156 unit,” katanya kepada BH, di sini.

Md Jais berkata, beliau dan beberapa pegawai daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Perumahan akan mengadakan lawatan bagi meninjau kawasan projek perumahan bertingkat RMMJ itu, hujung bulan ini.

“Orang Melayu di kawasan bandar raya ini kurang berminat dengan kediaman bertingkat, mereka memilih atau lebih sukakan kediaman 'landed' menyebabka­n permasalah­an ini berlaku sehingga memaksa pemaju menukar status rumah itu.

“Bagi dua projek ini, pemaju membuat permohonan rayuan untuk pelepasan KAM kepada KAT dan akhirnya nanti esok (akan datang) ia terpaksa dibuat (dilepaskan) kerana jika tidak ia satu tindakan tidak adil buat pemaju,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia