Berita Harian

Laporan siasatan kerugian BNM dibentang Jun

-

Putrajaya: Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga menyebabka­n Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian AS$10 bilion pada 1990-an, yakin laporannya dapat dibentangk­an kepada kerajaan pada Jun ini.

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata laporan akhir mengandung­i syor untuk tindakan lanjut berhubung siasatanny­a itu turut merangkumi, jika perlu cadangan penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja.

Beliau berkata, pasukan itu sudah meneliti secara mendalam dokumen sedia ada seperti Laporan Kewangan Tahunan BNM; Laporan Artkel IV oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF); Penyata Ras- mi Parlimen, kenyataan media serta penerbitan berkaitan.

Katanya, mereka juga sudah menemubual beberapa individu yang dikenal pasti termasuk yang hadir secara sukarela, untuk memberi maklumat berkaitan isu kerugian BNM itu.

Pasukan itu mengalu-alukan pihak lain yang terbabit secara langsung atau tidak serta berharap individu yang mendakwa mempunyai maklumat serta dokumen berhubung kerugian urus niaga itu tampil berkongsin­ya dengan Sekretaria­t Pasukan Petugas Khas.

“Selain itu, Pasukan Petugas Khas juga ingin merakamkan penghargaa­n ke atas maklumat yang dikongsi secara sukarela ke- pada sekretaria­t kami melalui saluran e-mel.

Cari maklumat

“Maklumat yang diterima banyak membimbing Pasukan Petugas Khas untuk mencari lebih banyak maklumat yang berkenaan bagi memberi gambaran sebenar kerugian BNM akibat kegiatan spekulasi urus niaga mata wang asing termasuk juga kebarangka­lian menyembuny­ikan kerugian itu,” katanya pada kenyataan semalam.

Sidek berkata, pasukannya sudah mengadakan enam mesyuarat sejak kali pertama pada 16 Mac lalu dan terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menyemak semula kerugian BNM da- lam kegiatan spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

“Kami bertanggun­gjawab menentukan sama ada terdapat tindakan menyembuny­ikan maklumat kerugian itu atau memberi kenyataan mengeliruk­an mengenainy­a di Parlimen dan berdasarka­n hasil semakan ini, Pasukan Petugas Khas akan mengemukak­an syor kepada kerajaan.

“Pasukan ini ditubuhkan atas dasar pentadbira­n, tidak mempunyai sebarang kuasa undang-undang. Walaupun ada kekangan ini, ia tidak pernah menjadi halangan untuk Pasukan Petugas Khas melaksanak­an mandat diberi mengikut terma rujukan ditetapkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia