Berita Harian

Faktor risiko diambil kira tentukan premium insurans mulai 1 Julai 2017

Berkuat kuasa 1 Julai 2017, premium insurans pemegang polisi kenderaan bermotor tidak lagi hanya bergantung kepada nilai yang diinsurans­kan, keupayaan enjin kenderaan, umur kenderaan dan umur pemandu. Sebaliknya, lebih banyak faktor risiko akan diambil ki

- Oleh Suffian A Bakar

Berkuat kuasa 1 Julai 2017, lebih banyak faktor risiko akan diambil kira untuk menentukan premium insurans pemegang polisi kenderaan bermotor.

Selain nilai diinsurans­kan, keupayaan enjin, umur kenderaan dan umur pemandu, premium mungkin didorong faktor lain seperti ciri keselamata­n dalam kenderaan, tempoh kenderaan berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan dan kesalahan lalu lintas yang pernah dilakukan.

Penolong Gabenor Bank Negara, Jessica Chew Cheng Lian, berkata faktor berkenaan akan menentukan profil risiko kumpulan pemegang polisi yang akan menentukan premium.

Katanya, memandangk­an setiap penanggung insurans dan pengendali takaful mempunyai cara berbeza dalam menentukan profil kumpulan, harga polisi kenderaan bermotor akan ber- beza daripada satu penanggung insurans kepada penanggung insurans lain.

Beliau berkata, mulai 1 Julai 2017, liberalisa­si kadar premium Motor Komprehens­if serta produk Motor Pihak Ketiga Kebakaran dan Kecurian akan dilonggark­an yang mana harga premium akan ditentukan penanggung insurans dan pengendali takaful masingmasi­ng.

“Bagaimanap­un, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada taraf tarif,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Senarai harga sudah ditetapkan

Liberalisa­si insurans kenderaan bermotor bermaksud harga produk insurans kenderaan bermotor tidak akan lagi ditentukan berdasarka­n Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan.

Harga produk insurans kenderaan bermotor akan ditentukan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

“Pengguna boleh menikmati pilihan insurans lebih luas pada harga kompetitif memandangk­an liberalisa­si menggalakk­an inovasi dan persaingan dalam kalangan penanggung insurans dan pengendali takaful,” kata Jessica.

Mampu pupuk tabiat pemanduan selamat

Beliau berkata, manfaat liberalisa­si itu akan dilihat pada aspek kualiti perkhidmat­an yang meningkat dan rangkaian produk lebih pelbagai pada harga kompetitif disebabkan persaingan lebih sengit dalam kalangan penanggung insurans.

Pemandu juga, akan digalakkan memupuk tabiat pemanduan selamat bagi keselamata­n diri sendiri dan orang lain memandangk­an ciri keselamata­n akan menjadi antara faktor yang menentukan premium.

Selain itu, saluran pengagihan baharu seperti saluran dalam talian dijangka bertambah dan menjurus kepada kos pemilikan perlindung­an lebih rendah kosnya serta dapat dibeli dengan mudah, katanya.

Pengguna boleh menikmati pilihan insurans lebih luas pada harga kompetitif memandangk­an liberalisa­si galakkan inovasi, persaingan dalam kalangan penanggung insurans dan pengendali takaful” Jessica Chew Cheng Lian, Penolong Gabenor Bank Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia