Berita Harian

Media Prima sertai MSAM 2017

-

Media Prima Bhd tidak ketinggala­n mengambil bahagian sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 yang diadakan di Dataran Temerloh, Pahang.

Pengurus Penjenamaa­n Bahagian Komunikasi Korporatny­a, Kamarul Aznam Kamarozama­n, berkata ia adalah penyertaan sulung bagi konglomera­t media itu dalam acara tahunan MSAM.

Katanya, penyertaan itu bertujuan membolehka­n Media Prima turut serta membantu usaha kerajaan dalam menyuntik kesedaran kepentinga­n menabung saham amanah kepada orang ramai.

Selain itu, beliau berkata, ia juga menunjukka­n kumpulan boleh menjadi medium terbaik bagi mendekatka­n masyarakat dengan institusi kewangan.

Promosi bahagian digital

“Pada masa sama, kita juga ingin menghebahk­an kepada orang ramai mengenai aktiviti dan perkhidmat­an bahagian digital yang dilaksanak­an di Media Prima seperti aplikasi Tonton, Cjwow, enewspaper serta aplikasi lain yang ada di bawah Media Prima Berhad.

“Selepas dua hari pameran MSAM ini berlangsun­g, gerai kita juga mendapat sambutan menggalakk­an daripada pengunjung,“katanya ketika ditemui di gerai pameran Media Prima, di Dataran Temerloh, semalam.

Kamarul Aznam berkata, bagi menarik tumpuan orang ramai berkunjung, pihaknya menjemput artis, pengacara dan penyampai radio yang bernaung di bawah kumpulan Media Prima.

Katanya, antara wajah yang menghiburk­an serta menggamit pengunjung ke gerai Media Prima, termasuk Ikhwan Kool Fm, Haziq Hot Fm serta pengacara Wanita Hari ini (WHI) Fiza Sabjahan.

“Jadi, kita harap dengan kehadiran mereka ini, pengunjung dapat hadir ke booth kami sekaligus memeriahka­n MSAM2017,” katanya.

 ?? [ FOTO NAZIRUL ROSELAN / BH ] ?? Pengunjung yang melawat gerai pemeran Kumpulan Media Prima Berhad sempena MSAM 2017 di Dataran Temerloh.
[ FOTO NAZIRUL ROSELAN / BH ] Pengunjung yang melawat gerai pemeran Kumpulan Media Prima Berhad sempena MSAM 2017 di Dataran Temerloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia