Berita Harian

Hospital mata sasar raih RM59 juta 2018

Kerjasama dengan ANGKASA pacu pendapatan THONEH

- Oleh Nora Mahpar

Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) menyasarka­n peningkata­n pendapatan kepada RM59 juta tahun depan berbanding RM34 juta pada 2016, dipacu kerjasama strategik dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA).

Ketua Pegawai Eksekutif THES Capital Sdn Bhd, Zaki Mohd Zakaria, berkata menerusi kerjasama itu, THONEH akan menyediaka­n perkhidmat­an penjagaan mata kepada lapan juta ahli ANGKASA dengan diskaun sekurang-kurangnya lapan peratus.

“Ini adalah yang pertama bagi kami dan THONEH gembira berpeluang bekerjasam­a dengan badan induk yang mewakili majoriti koperasi negara,” katanya pada sidang media majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) di antara MYANGKASA dan THONEH di Petaling Jaya, semalam.

MOU itu ditandatan­gani Pengarah MYANGKASA Holdings, Datuk Hanapi Suliman manakala THONEH diwakili Zaki.

Tambah lapan pakar mata

Zaki berkata, bagi menampung jumlah pelanggan yang semakin meningkat, pihaknya akan menambah lapan pakar mata kepada 20 orang pada tahun depan.

Mengulas perancanga­n dalam tempoh lima tahun akan datang, Zaki berkata, THONEH menyasar membuka empat pusat penjagaan mata di luar Lembah Klang dengan Kuantan sebagai lokasi pertama.

“Kita sedang dalam perbinca- ngan mengadakan usaha sama dengan Pusat Perubatan Kuantan untuk membuka Unit Mata di sana, manakala tiga lokasi lagi kita bercadang untuk membuka di Johor, Perlis dan Sabah,” katanya.

Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata setiap ahli akan diberi kad kesetiaan MYANGKASA-THONEH secara percuma seperti terkandung dalam memorandum bertempoh dua tahun itu.

“Keistimewa­an pemegang kad termasuk rebat tunai, yuran pendaftara­n pengecuali­an untuk perkhidmat­an atas RM300 dan diskaun sekurangku­rangnya lapan peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia