Berita Harian

Honda buka pusat 4S terbesar

Kemudahan di Kawasan Perindustr­ian Tebrau III babit pelaburan RM40 juta

- Oleh Junita Mat Rasid

sekurang-kurangnya 100 kenderaan sehari dan menawarkan perkhidmat­an selepas jualan lebih cekap, selain menyediaka­n pusat cat kenderaan jenama itu.

“Pusat 4S terbaharu ini memiliki 37 ruang servis bagi membolehka­nnya menyediaka­n lebih banyak perkhidmat­an servis sehingga 36,000 unit kenderaan setahun,” katanya.

Peningkata­n jualan di Johor

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat 4S Kah Motor Sdn Bhd, di Johor Bahru, semalam. Yang turut hadir, Pengerusi Oriental Holding Bhd, Datuk Loh Kian Chong.

Roslan berkata, kawasan selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, menyumbang kira-kira 20 peratus atau 18,600 unit daripada jualan keselu- ruhan Honda Malaysia tahun lalu.

Katanya, Johor menyumbang 70 peratus daripada jualan di wilayah Selatan, dengan Honda City menjadi model paling laris.

“Peningkata­n jualan di Johor turut meningkatk­an perkhidmat­an servis apabila merekodkan lebih 128,000 unit sepanjang tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Roslan berkata, pada suku pertama tahun ini, Honda Malaysia mencatatka­n peningkata­n jualan 45 peratus berbanding tempoh sama 2015.

Katanya, ini sekali gus membolehka­n syarikat mengekalka­n kedudukan kedua bagi jumlah keseluruha­n industri (TIV) dan pertama bagi segmen kereta bukan nasional tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia