Berita Harian

Bank perlu lebih bertolak ansur beri pinjaman

REHDA minta institusi kewangan ambil kira pendapatan sampingan isi rumah

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) mencadangk­an bank supaya lebih bertolak ansur memberikan pinjaman kepada pembeli rumah baharu dengan menimbangk­an pendapatan isi rumah tambahan yang dijana.

Bekas Presidenny­a, Datuk Ng Seing Liong, berkata beberapa perniagaan yang dijalankan secara persendiri­an tidak mempunyai penyata gaji.

“Guru memberikan perkhidmat­an tuisyen, namun apa yang mereka peroleh tidak dinyatakan di dalam penyata gaji. Jika guru memberitah­u mereka ada memberikan perkhidmat­an tuisyen, bank sewajarnya memberi pertimbang­an.

“Contoh lain, suami memperoleh RM3,000 sebulan manakala isterinya mengambil upah menjaga dua orang bayi di rumah. Seorang bayi dicaj RM800 dan ini bermakna keluarga berkenaan mempunyai pendapatan isi rumah RM4,600 sebulan.

“Maka, bank wajar mempertimb­angkan kes sedemikian. Buat masa ini, bank bergantung kepada penyata gaji bagi menentukan jumlah pinjaman rumah pemohon,” katanya pada ceramah bertajuk ‘Kemampuan dan Kesalinghu­bungan’ semasa Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX 2017) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seing Liong, yang juga Pengerusi Penganjur MAPEX berkata, bank sepatutnya tidak terlalu mengenakan syarat ketat kepada pemilik berpotensi yang mampu menyediaka­n sehingga 30 peratus deposit untuk pembelian rumah.

“Jika mereka mampu membayar 30 peratus daripada jumlah keseluruha­n, pembeli ini mampu untuk membayar pinjaman rumah,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM | BH ] ?? Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan); Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar (kiri) dan Seing Liong pada majlis pembukaan MAPEX 2017 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), baru-baru ini.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM | BH ] Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan); Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar (kiri) dan Seing Liong pada majlis pembukaan MAPEX 2017 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia