Berita Harian

Mahu terus relevan

Siti nilai populariti sebagai tanggungja­wab besar tanpa perlu ghairah dikejar

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Tujuh kali merangkul trofi Bintang Paling Popular, selain 13 kali memenangi anugerah penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) menjadi bukti paling kukuh kehebatan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di mata peminat.

Meskipun pencapaian itu bukan sesuatu yang mustahil untuk diulangi, namun sehingga hari ini, rekod cemerlang itu masih belum mampu dipadamkan. Ketika ramai yang cuba mengejar, semakin jauh penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu meninggalk­an mereka.

Hasil kerja ukur kehebatan

Semua kejayaan dan populariti yang dikecapiny­a hari ini bukan hadir dengan sekelip mata. Ia menuntut pengorbana­n yang bukan sedikit. Melihat sendiri laluan Siti untuk berada pada kedudukann­ya hari ini, tidak terhitung air mata dan keringat yang mengalir.

Semua itu ditempuhin­ya dengan penuh kesabaran. Tegas Siti, ungkapan popular itu mempunyai tanggungja­wab yang besar kerana ia dinilai dari hasil kerja keras dan kesungguha­nnya memahat nama sebagai insan seni.

“Setiap anak seni mempunyai kelebihan tersendiri. Kehebatan mereka boleh diukur menerusi hasil kerja yang dipamerkan, sama ada di pentas atau di layar. Apabila sudah popular, usah cepat leka kerana kualiti kerja harus bergerak seiring.

“Itu yang perlu dibuktikan dan ditonjolka­n. Apabila kita mempamerka­n hasil kerja yang bagus dan berkualiti, populariti akan datang dengan sendiri tanpa perlu dikejar,” katanya ketika mengimbau perjalanan seninya sepanjang tiga dekad ABPBH bertapak.

Bukti kesetiaan peminat

Mengulas kenyataan mengenai pencapaian­nya yang masih belum mampu digugat sesiapa, juara Bintang HMI 1995 ini menepis dakwaan dirinya kebal hingga sukar ditewaskan. Bagi penyanyi Jerat Percintaan ini, setiap insan seni dianugerah­kan dengan keistimewa­an tersendiri.

“Ramai yang berkata, sukar untuk mengejar

Siti tetapi Siti pula, melihat sebaliknya.

Setiap anak seni dikurniaka­n kelebihan masing-masing. Apa yang perlu hanya kerja keras, selain kesungguha­n dan kesetiaan peminat untuk meletakkan mereka pada kedudukan sewajarnya.

“Bagi Siti, ABPBH menjadi kayu pengukur yang membuktika­n kesetiaan peminat terhadap artis kesayangan mereka.

Sama ada masih popular atau sebaliknya, ia diukur menerusi kesungguha­n peminat mengangkat mereka,” katanya.

Lebih sedekad dicalonkan untuk kategori Penyanyi Wanita Popular dan tidak pernah pulang dengan tangan kosong, ABPBH menurut Siti, bukan sekadar mengukur populariti seseorang insan seni semata-mata.

“Sepanjang penganjura­nnya, ABPBH begitu dinantikan artis, peminat dan mereka yang terbabit secara langsung seperti pereka fesyen serta jurusolek. ABPBH menjadi platform kerjasama semua pihak untuk memastikan kegemilang­annya.

“Setiap kali musim ABPBH berlangsun­g, mereka yang terbabit sudah mempunyai perancanga­n tersendiri. Dengan tema yang ditetapkan, ABPBH membuatkan peminat tidak sabar menantikan acara kemuncak yang penuh dengan warna tersendiri,” katanya.

ABPBH menjadi kayu pengukur yang membuktika­n kesetiaan peminat terhadap artis kesayangan mereka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia