Berita Harian

Imbangi lakonan, penerbitan

Gambit beri masa kepada diri dalami dua cabang seni diminati

- Oleh Hidayah Mohammad

Mhid_mohd@@bh.com.my

enyertai dunia seni sejak usia awal 20-an, pelakon kacak, Gambit Saifullah, 32, pernah ‘hilang’ seketika daripada lakonan ketika namanya semakin menjadi bualan. Ketika itu, minatnya lebih terarah kepada dunia penerbitan, namun sejak setahun lalu, wajahnya kembali menghiasi layar kaca.

Tidak lagi tergesa-gesa mengejar tawaran, pelakon yang sedang membina populariti menerusi drama ini semakin matang mengatur langkah. Untuk mengekalka­n momentumny­a sebagai pelakon, Gambit kini memasang strategi tersendiri.

Mengakui semakin terbuka menerima tawaran sesuatu naskhah, namun Gambit tetap selektif kerana tidak mahu terjerat dalam watak klise.

Aktif kembali tahun ini

“Saya agak lama berehat daripada lakonan kerana sibuk menerbitka­n program. Hanya tahun lalu, saya kembali aktif menerima semula tawaran berlakon. Sebelum ini, bukan sengaja saya menolak tetapi saya tidak nampak kekuatan watak yang ditawarkan.

“Sebagai pelakon, saya mencari watak yang mampu memberi impak dan manfaat kepada masyarakat. Perkara itu penting bagi saya, tetapi kebanyakan drama kita sering mengetenga­hkan tema dan jalan cerita klise.

“Alhamdulil­lah, saya kini semakin matang. Pelbagai nasihat positif yang diberikan membuatkan saya mula terbuka dan menilai naskhah yang diterima.

Saya juga sudah tahu bagaimana mengimbang­i sesuatu watak dengan baik,” katanya.

Tetap selektif

Dalam keterbukaa­nnya itu, Gambit masih mengekalka­n selektif dan hanya memilih naskhah yang meninggalk­an kesan kepada penonton.

“Bagi saya, semua pelakon patut memilih, tetapi ia harus bersesuaia­n dengan individu itu. Saya tidak rasa apa yang saya lakukan dulu salah. Mungkin ketika itu, saya agak tergesa-gesa dalam soal tawaran kerana terlalu mengikut darah muda.

“Sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk melakukann­ya sekiranya saya belajar memahami sudut teknikal dan aspek lakonan lain. Selain itu, kita juga perlu mengimbang­i lakonan mengikut faktor dan keadaan sekeliling.

“Saya perlu tahu aspek itu supaya tidak nampak keterlalua­n di layar. Saya bagaimanap­un, tidak boleh memaksa supaya tidak nampak jurang perbezaan,” katanya.

Enggan tergesa-gesa

Enggan terkejar-kejar seperti zaman remaja dulu, Gambit mahu memberi sepenuh tumpuan dalam lakonan tahun ini tanpa melupakan kebolehann­ya dalam dunia penerbitan drama dan rancangan televisyen.

Katanya, dia cuba memberikan dirinya masa untuk mendalami kedua-dua cabang seni yang diminatiny­a itu.

“Minat dalam penerbitan masih lagi menebal dan saya akan tampil dengan beberapa program tahun depan antaranya drama dan telefilem, selain program berbentuk pelanconga­n. Saya cuba imbangi antara lakonan dan penerbitan.

“Saya mahu ambil masa untuk melakukan apa yang saya suka. Tiada apa yang perlu dikejar lagi. Dulu, saya selalu tergesa-gesa dan mahu lakukan semua perkara terutama penerbitan dengan cepat.” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia