Berita Harian

Jual bakat, bukan rupa

Yakin populariti datang bersama kejujuran, Fezrul utama keikhlasan dalam berkarya

- Oleh Hidayah Mohammad

Nam amama Penuh: Fezrul Khan Junaidi

Tarikh lahir: 24 September 1982

Mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2004 menerusi filem SH3 The Movie dan sejak itu, membintang­i puluhan drama dan telefilem.

Filem: SH3 The Movie (2004), Sumpahan Kum Kum, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Super Duper Lover (2012), Minyak Dagu, Cerita Kita, Bercinta, Kaki Kitai, Awak Nak Kahwin Dengan Saya (2014) dan Mirip (2015)

Drama: Jelatang, Cinta Balqis, Santau Merasuk , BiniBiniku Perkasa, Love You Mr. Arrogant, Menjinak Ombak, Anugerah Terindah, Alif Imani

Bakal muncul dalam drama 30 episod Seharum Mawar dan telefilem Dia Tidak Berdosa untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Fezrul kini sibuk dengan penggambar­an drama 100 episod berjudul Aurora.

Mhid_mohd@bh.com.my

endaki usia matang selepas lebih 17 tahun bergeluman­g dalam dunia lakonan, populariti Fezrul Khan masih samar meskipun wajahnya sering menghiasi pelbagai naskhah mencabar sama ada dalam drama, telefilem atau filem.

Pemilik nama, Fezrul Khan Junaidi, 34, tidak pernah gusar dengan situasi itu kerana mengejar populariti bukan keutamaann­ya. Fezrul juga tidak cemburu apabila namanya tidak menjadi sebutan pada mana-mana acara anugerah kerana niatnya berlakon ialah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Menjadikan pelakon Hollywood, Johnny Depp dan Leonardo Dicaprio yang meletakkan keikhlasan dalam bekerja sebagai perkara utama, Fezrul percaya, populariti akan datang jika dirinya jujur menjalanka­n amanah yang diberikan.

Percaya kepada rezeki

“Saya tiada masalah, asalkan masih aktif berlakon dan kehadiran saya disedari. Saya hanya menjalanka­n amanah produksi dan selebihnya, saya serahkan kepada rezeki. Populariti bukan hal yang merunsingk­an selagi rezeki saya masih ada,” katanya.

Berpegang kepada prinsip, menjual bakat dan bukan rupa, Fezrul tidak menafikan, pelakon yang memiliki pakej lengkap mempunyai ruang besar untuk menyerlah. Katanya, setiap insan seni berhak dan layak menerima anugerah selepas berhempas-pulas membuktika­n kemampuan mereka.

“Berbeza di Hollywood yang jujur menghargai bakat, situasi di sini tidak sama. Hubungan baik dengan peminat juga menjadi antara faktor kehadiran kita disedari, sedangkan saya jarang berbuat demikian.

“Bukan menolak atau penat melayan, tetapi apabila sibuk di lokasi penggambar­an, saya perlu memberi fokus dan ia membuatkan masa bersama peminat terbatas. Kehidupan saya banyak berlegar di set penggambar­an, jadi saya tidak mahu menyusahka­n produksi.

“Saya tetap akan melayan peminat apabila semua kerja saya sudah selesai,” katanya.

Pelakon bidan terjun

Bercerita lanjut mengenai kerjaya seninya, Fezrul berkata, tawaran yang diterimany­a datang dalam pelbagai bentuk. Ada ketika, tawaran diterimany­a awal, malah pernah beberapa kali, Fezrul menjadi pilihan pada saat akhir apabila pelakon pilihan pertama gagal melunaskan watak dengan baik.

Kata Fezrul, menjadi pelakon bidan terjun memberikan cabaran kerana kejayaan merealisas­ikan sesuatu watak turut menyumbang kepada faktor untuk terus kekal dalam industri.

“Pernah beberapa kali saya dipanggil sehari sebelum penggambar­an diteruskan kerana pelakon pilihan utama gagal menjiwai watak. Mahu atau tidak, pengarah terpaksa menukar pelakon pada saat akhir. Pada permulaan, saya anggap produksi sengaja berbuat begitu untuk menjimatka­n bajet dan lebih mementingk­an populariti.

“Apabila ia terjadi, khidmat saya diperlukan untuk menyelamat­kan keadaan. Saya tidak kisah kerana semua itu tanggungja­wab saya apabila sudah memilih menjadi pelakon,” katanya yang mahu mencuba lebih banyak watak termasuk aksi, tahun ini.

Tidak sombong

Fezrul mengaku pernah dianggap sombong oleh peminat, namun andaian itu cuba ditangkis dengan menyertai siri jelajah Drama Sangat Bus Tour (DSBT) anjuran TV3 di beberapa lokasi di Pantai Timur, yang bermula semalam.

Fezrul berkata, walaupun jadual penggambar­annya agak padat, peluang untuk mempromosi­kan drama Bahagia Kasihmu dianggapny­a sebagai ruang terbaik mendekatka­n diri dengan peminat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia