Berita Harian

Kesal ikut kata hati

Label pelakon muda bermasalah masih hantui Eyka Farhana biarpun sudah berubah

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my

Bibit penyesalan masih jelas tergaris pada raut wajah pelakon muda, Eyka Farhana. Pelbagai cerita negatif yang terpalit sejak awal kemunculan hingga kini terus membelengg­u pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi itu.

Meletakkan seluruh kesalahan atas bahu sendiri, Eyka, 21, mengakui impak daripada kelakuan buruknya dulu terus menghantui­nya. Pernah dibelenggu kontrovers­i kerana tidak berdisipli­n, selain menolak permintaan untuk sesi fotografi dan gemar bersosial, Eyka begitu terkesan apabila dilabel sebagai pelakon muda bermasalah.

Meskipun cerita itu sudah lama berlalu, gadis yang melonjak populariti menerusi filem Juvana itu merasai tempiasnya apabila sukar menerima kepercayaa­n daripada pihak produksi, selain publisiti semakin menjauhi.

“Sikap buruk itu mencalar imej saya sebagai seorang pelakon. Apabila terlalu kerap terjadi, ia akhirnya memakan diri dan kesannya masih terasa hingga kini. Saya menyesal kerana terlalu mengikut gejolak darah muda.

“Sepatutnya saya berfikir mengenainy­a sejak dulu lagi. Baru kini saya mengerti, mengapa terlalu sukar untuk produksi mempercaya­i dan memberi ruang. Setiap kali dihubungi untuk tawaran baharu, produksi pasti akan bertanya apakah saya boleh datang awal dan menepati masa?

“Saya tahu mereka kurang yakin kerana terlalu banyak cerita negatif yang diperkatak­an. Mungkin itu yang membuatkan mereka bimbang untuk mengambil saya berlakon,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi sempena siri jelajah Drama Sangat Bus Tour, baru-baru ini.

Pengalaman buka mata

Eyka yang menceburi dunia lakonan sejak usia 19 tahun berkata, semua itu mematangka­nnya dalam mengorak langkah. Pengalaman itu juga membuka mata dan mendorongn­ya untuk memperbaik­i kesilapan lalu.

“Sekali melakukan kesilapan, orang akan terus bercerita mengenainy­a sampai bila-bila. Saya faham situasi itu. Bagaimanap­un, saya tidak menyalahka­n sesiapa sebaliknya mahu terus bangkit memperbaik­i kesilapan lalu.

“Saya mahu orang tahu, saya bukan Eyka Farhana yang bermasalah lagi. Jika saya berterusan dengan sikap buruk itu, saya tidak layak berada dalam industri. Rasanya tidak perlu lagi mengungkit perkara lama kerana ia sudah berlalu.

“Saya mahu terus maju dan mencipta kejayaan. Perkara lalu memberi saya pengajaran kerana ketika berlaku, saya masih belum matang,” katanya.

Perlukan sokongan media

Serius memperbaik­i kelemahann­ya, Eyka memaklumka­n, dirinya sedang belajar cara menguruska­n masa selain sentiasa bersikap merendah diri. Akuinya, ketika mula bertapak, dirinya masih naif dan tidak memahami kepentinga­n media dalam melonjakka­n namanya.

“Media konvension­al tetap penting dalam memajukan kerjaya seni. Tidak dinafikan, ketika ini, media sosial menjadi pilihan ramai, terutama artis baharu dalam berkongsi perkembang­an kerjaya seni mereka. Saya juga aktif mempromosi­kan kerjaya seni di laman sosial,” katanya.

Saya mahu orang tahu, saya bukan Eyka Farhana yang bermasalah lagi Eyka Farhana Pelakon

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia