Berita Harian

FBM KLCI melonjak 14.44 mata

Sentimen positif pelabur pacu momentum belian peringkat global

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, didorong oleh sentimen pasaran yang positif serta turut memacu permintaan pelabur di peringkat global.

Ketika ditutup, petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 14.44 mata atau 0.83 peratus kepada 1,756.06 berbanding 1,741.61 sewaktu ditutup kelmarin.

Penanda aras pasaran itu dibuka dengan mencatat kenaikan sebanyak 0.62 mata kepada 1,742.23 pada semalam, dan mencecah paras terendah pada 1,742.23 sebelum bergerak dalam momentum positif sepanjang tempoh dagangan.

Peningkata­n itu yang seiring aliran dicatatkan bursa serantau, juga disokong oleh momentum belian ketara saham berkaitan indeks, bermodal kecil serta berwajaran tinggi yang didahului oleh Maybank.

Malah Maybank muncul pemacu indeks komposit itu sebanyak 5.55 mata apabila menokok 32 sen kepada RM9.40 dengan sebanyak 41.14 juta saham bertukar tangan.

Keuntungan sama turut diraih dua saham berwajaran tinggi lainnya iaitu Genting Malaysia dan CIMB yang masingmasi­ng untung 39 sen dan 11 sen kepada RM5.98 dan RM5.61 dan muncul antara penyumbang utama kenaikan indeks komposit berkenaan.

Peniaga berkata bursa Asia meningkat dipacu oleh para pelabur yang memberi reaksi positif terhadap prestasi kukuh Wall Street kelmarin, didorong oleh faktor termasuk keyakinan terhadap usaha pembaharua­n cukai Amerika Syarikat (AS), siasatan dagangan AS terhadap eksport keluli China, kestabilan harga minyak mentah serta keuntungan pasaran saham Jepun.

“Prestasi Wall Street yang memberangs­angkan itu menyemarak­kan lagi sentimen (pelabur) terhadap pasaran saham global dan mereka banyak bertumpu kepada pasaran negara sedang pesat membangun,” katanya.

Malah, katanya, pemulihan ringgit juga menjadi antara penyumbang kepada kenaikan yang dicatat smalam.

Sentimen pasaran di Bursa Malaysia adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 588 berbanding 320 manakala 386 kaunter tidak berubah, 457 tidak didagangka­n dan 17 lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 3.12 bilion unit bernilai RM2.65 bilion daripada 2.64 bilion unit bernilai RM2.24 bilion, pada Khamis.

Saham berwajaran tinggi seperti Public Bank juga naik empat sen kepada RM19.96, Sime Darby menokok satu sen kepada RM9.27, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM7.55 namun Tenaga susut enam sen kepada RM13.74.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange naik tiga sen kepada 50.5 sen, Key Alliance meningkat setengah sen kepada sembilan sen, Tiger Synergy menambah satu sen kepada tujuh sen manakala kemunculan pertama Eversafe Rubber di Pasaran ACE menyaksika­nnya naik lima sen kepada 41 sen.

Indeks FBM mas melonjak 92.31 mata kepada 12,490.58, Indeks FBMT100 naik 90.75 mata kepada 12,126.22, FBM 70 meningkat 76.59 mata kepada 14,730.75, FBM ACE menambah 62.28 mata kepada 6,158.12 manakala Indeks FBM Emas Syariah menokok 35.81 mata kepada 12,848.06.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 231.3 mata kepada 16,008.58, Indeks Perladanga­n menambah 23.72 mata kepada 8,027.27 namun Indeks Perusahaan susut 1.86 mata kepada 3,209.56.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama pula meningkat kepada 2.27 juta unit bernilai RM2.51 bilion daripada 1.77 juta unit bernilai RM2.12 bilion pada Khamis.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan merosot kepada 562.9 juta saham bernilai RM108.4 juta daripada 667.29 juta saham bernilai RM95.46 juta, sebelum ini.

Waran pula meningkat kepada 267.63 juta unit bernilai RM30.69 juta daripada 200.31 juta unit bernilai RM23.92 juta.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 148.67 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama manakala barangan perusahaan (505.82 juta), pembinaan (89.54 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (760.82 juta), teknologi (138.47 juta), infrastruk­tur (4.34 juta), SPAC (1.94), kewangan (125.61 juta), hotel (1.59 juta), hartanah (459.1 juta), perladanga­n (26.47 juta), perlombong­an (8,100), REIT (8.69 juta) dan dana tertutup (20,400).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia