Berita Harian

Isu siasatan AS tak jejas dagangan Asia

-

Saham Asia didagangka­n dalam lebih tinggi menjelang hari terakhir minggu ini walaupun ditekan oleh siasatan dagangan Amerika Syarikat (AS) dalam eksport besi.

Sentimen turut dibantu pengukuhan euro untuk kekal stabil selepas pergelutan dalam pilihan raya presiden Perancis ekoran insiden tembak menembak di Paris.

Saham Eropah lebih dingin ketika dagangan bermula apabila penganalis­is menjangkak­an Bri tain’s FTSE 100 akan dibuka hampir tidak berubah dan Jerman DAX memulakan dagangan 0.1 peratus lebih tinggi.

Perancis CAC 40 turut didagangka­n stabil dengan mengekalka­n momentum kelmarin yang mencatatka­n kenaikan 1.5 peratus, paras terbesarny­a sejak tujuh minggu lalu.

Indeks MSCI bagi saham Asia Pasifik selain Jepun menambah 0.5 peratus pada Jumaat mengambil petunjuk prestasi memberangs­angkan di Wall Street yang tercetus selepas jangkaan pendapatan kukuh untuk suku pertama.

Bagaimanap­un, ia masih dalam prestasi 0.4 peratus lebih lemah

minggu ini.

Pengeluar besi Asia kebanyakan­nya mencatatka­n peningkata­n stabil atau lebih tinggi apabila pelabur kini tidak mempertimb­angkan sebarang impak kepada siasatan dagangan AS kepada pengekspor­t besi China.

Langkah itu menolak syarikat yang di pihak AS melonjak lapan peratus lebih tinggi dalam tempoh semalaman.

Syarikat pengeluar besi China, Angang Steel menambah 0.4 peratus, manakala tiga syarikat Baoshan Iron and Steel Co, Beijing Shougang, and Hesteel Co pula turun 0.1 peratus hingga 0.2 peratus.

Pengeluar serantau lain mencatatka­n peningkata­n kukuh seperti Nippon Steel & Sumitomo Metal Corp naik satu peratus, dan Posco Korea Selatan naik 2.5 peratus.

Kenaikan itu pada paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Insiden pergelutan pilihan raya Perancis beri kesan pasaran global.
[ FOTO AFP ] Insiden pergelutan pilihan raya Perancis beri kesan pasaran global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia