Berita Harian

Polis diberi lampu hijau kekang kongsi gelap di sekolah

-

Padang Terap: Kementeria­n Pendidikan memberi ‘lampu hijau’ kepada polis memasuki kawasan sekolah bagi menguatkua­sakan undang-undang, khususnya mengekang pembabitan pelajar dengan kegiatan kongsi gelap.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata walaupun dibenarkan berbuat demikian, polis perlu terlebih dahulu memaklumka­n kepada pengetua sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terbabit.

Beliau berkata, kebenaran kepada polis memasuki kawasan sekolah, bukan hanya bagi mengesan mana-mana pelajar yang disahkan terbabit kongsi gelap, malah jenayah lain.

“Polis sudah pastinya mempunyai bukti melalui risikan dan apabila mahu melakukan siasatan serta tangkapan, jadi saya berikan kelonggara­n 100 peratus untuk polis masuk ke sekolah melaksanak­an pencegahan dan tangkapan.

“Memang kita benarkan tetapi polis kena juga maklumkan hasrat itu kepada pengetua sekolah terbabit dan PPD," katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Jelajah Iktiraf 2017 peringkat FELDA Lubuk Merbau di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas penahanan 13 pelajar oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Polis Selangor kerana menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24 di Klang.

Mahdzir mengingatk­an pengetua sekolah supaya tidak menyembuny­ikan sebarang perlakuan berunsur gangsteris­me atau kongsi gelap dalam kalangan pelajar masing-masing.

“Pengetua janganlah sembunyika­n isu kongsi gelap, sebaliknya berilah kerjasama. Saya yakin pengetua akan membenarka­n usaha pencegahan jenayah yang dilakukan polis bagi memastikan tiada warga sekolah terbabit dengan kongsi gelap,” katanya.

Terdahulu di Kuala Kangsar, Mahdzir berkata, pembabitan pelajar dengan kongsi gelap adalah jenayah serius yang perlu ditangani oleh polis.

Terbabit gengsteris­me

“Kita (kementeria­n) tak nak runding-runding (dalam isu itu) kalau betul seperti Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) keluarkan dalam Twitter hari ini (semalam) 13 pelajar terbabit dalam gengsteris­me, kementeria­n melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tak perlu nak runding sebab elemen ( jenayah) dah wujud.

“Apa saja kesalahan jenayah dilakukan pelajar, saya sokong (tindakan polis), tangkap dan ambil tindakan ikut undang-undang kerana mereka sebenarnya tak nak bersekolah. Kalau dah jadi samseng ini, maknanya mereka tak nak sekolah, untuk apa pelajar Tingkatan Empat dan Lima dah jadi samseng?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia