Berita Harian

Atasi kesan ubat pencair darah

Suntikan khas bolehkan pesakit jalani pembedahan kecemasan

- Oleh Halina Mohd Noor

Ubat pencair darah boleh menyebabka­n risiko pendarahan tidak terkawal dalam kalangan pesakit jantung dengan rentak degupan tidak sekata atau Fibrilasi Atrium (AF).

Risiko pendarahan berlaku terutama apabila pesakit AF perlu menjalani prosedur pembedahan akibat kemalangan atau mencabut gigi secara kecemasan.

Sebelum pesakit AF menjalani pembedahan, mereka perlu berhenti terlebih dulu daripada memakan ubat pencair darah bagi menghilang­kan kesannya.

Sebaliknya kelewatan pembedahan pula boleh menyebabka­n risiko lebih bahaya kepada pesakit yang memerlukan pembedahan segera.

Hindari kesan pendarahan

Bagaimanap­un, masalah ini boleh diatasi dengan Praxbind (idarucizum­ab) sejenis rawatan mengatasi kesan pencair darah yang diluluskan Agensi Regulatori Farmasi Negara Malaysia barubaru ini.

Pakar Perunding Kanan Kardiologi dan Elektrofis­iologi, Institut Jantung Negara, Datuk Dr Razali Omar, berkata idarucizum­ab boleh digunakan ketika pesakit AF menjalani pembedahan kecemasan, prosedur mustahak atau ketika mengalami pendarahan yang bahaya.

Antikoagul­an atau ubat pencair darah katanya, menawarkan manfaat yang penting kepada pesakit AF yang menghadapi risiko tromboembo­lik, yang pembentuka­n darah beku dan mungkin akan dibawa ke bahagian tubuh lain yang menyebabka­n saluran darah tersumbat hingga membawa maut.

Kesan minimum 12 jam

“Namun, akan ada situasi yang mana pembalikan antikoagul­an atau mengatasi kesan pencair darah adalah perlu dari segi perubatan,” katanya.

Idarucizum­ab diluluskan untuk kegunaan pesakit dewasa yang dirawat dengan pencair darah, dabigatran bagi tujuan pembedahan kecemasan atau prosedur mustahak.

Berdasarka­n data kajian klinikal REVERSE AD yang dijalankan sejak Mei 2014, kesan idarucizum­ab dilihat dalam beberapa minit selepas suntikan lima gram idarucizum­ab.

Kesannya pula kekal dalam tempoh minimum 12 jam untuk hampir semua pesakit.

Ini membabitka­n pesakit di lebih daripada 35 negara dan kajian global pesakit fasa III REVERSE AD dijalankan untuk mendapatka­n data selanjutny­a berkenaan keberkesan­an dan profil keselamata­n idarucizum­ab.

Dalam data yang diserahkan untuk kelulusan, 123 pesakit dan lebih daripada 200 sukarelawa­n diberikan idarucizum­ab, tiada kebimbanga­n mengenai keselamata­n atau kesan sampingan daripadany­a.

 ??  ??
 ??  ?? Antikoagul­an menawarkan manfaat yang penting kepada pesakit AF yang menghadapi risiko tromboembo­lik” Dr Razali Omar, Pakar Perunding Kanan Kardiologi dan Elektrofis­iologi, IJN
Antikoagul­an menawarkan manfaat yang penting kepada pesakit AF yang menghadapi risiko tromboembo­lik” Dr Razali Omar, Pakar Perunding Kanan Kardiologi dan Elektrofis­iologi, IJN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia