Berita Harian

Jerawat perlu dicegah

-

Jerawat adalah masalah kulit biasa yang menyerang lebih 85 peratus remaja dan dewasa berusia 12 sehingga 25 tahun di seluruh dunia.

Tekanan atau stres menjadi punca jerawat diikuti tahap hormon tidak menentu, corak tidur yang tidak tetap selain keletihan.

Faktor genetik dan kesan pengambila­n ubat menyebabka­n jerawat timbul pada wajah.

Berdasarka­n kajian Hiruscar di Malaysia, 98 peratus mereka yang menghadapi masalah jerawat memiliki parut tidak diingini.

Pengasas Medii Skin Studio, Dr Lim Ing Kien, berkata bagi menghilang­kan parut jerawat, penting untuk memahami bagaimana jerawat terjadi dan rawatannya.

Pilih rawatan sesuai

“Parut jerawat tidak boleh dibiarkan tanpa rawatan kerana boleh menyebabka­n jerawat lebih teruk pada masa depan.

“Langkah pertama sebelum Punca jerawat;

32 peratus - Stres 31 peratus - perubahan tahap hormon.

30 peratus - corak tidur, keletihan dan tenaga yang rendah. 5 peratus - keturunan. 3 peratus - ubat ubatan.

Parut jerawat:

31 peratus mempunyai parut berlubang akibat kehilangan tisu yang dalam.

63 peratus parut hitam, merah.

6 peratus parut timbul (hipertropi­k) - sering muncul kerana lebihan pembentuka­n tisu baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia