Berita Harian

Karya instalasi pikat hati pengumpul seni

Peningkata­n ilmu terhadap seni halus buka minda masyarakat

- Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my Kuala Lumpur

Sejak dimulakan hampir lapan tahun lalu, majlis lelongan seni kelolaan Henry Butcher Art Auctioneer­s Sdn Bhd mencatat sejarah tersendiri dalam landskap pembanguna­n seni halus di negara ini.

The Dream oleh Allahyarha­m Ibrahim Hussein misalnya pernah mencatat karya seni termahal apabila dibida pada harga RM500,500. Seterusnya banyak lagi catan buah tangan pelukis tersohor seperti Abdul Latiff Mohidin dan Datuk Syed Ahmad Jamal berjaya dibida pada harga tinggi.

Bagaimanap­un, kebelakang­an ini karya instalasi turut menarik perhatian. Terbaru

Takhta Perebutan oleh Raja Shahriman Raja Aziddin turut berada dalam senarai lelongan seni yang berlangsun­g di Galeri Prima, The New Straits Times (M) Press (NSTP), di sini.

Bagi Eksekutif Perhubunga­n Awam dan Acara Henry Butcher, Anna Yusof, sambutan masyarakat terhadap lelongan seni awam amnya dan karya instalasi khususnya sangat menggalakk­an.

Berfikiran terbuka

“Kita boleh lihat hari ini pengumpul seni lebih berfikiran terbuka dalam memilih karya instalasi. Pandangan lapuk yang menyebut karya instalasi mengumpul habuk dan mengambil banyak ruang kini sudah berubah kerana berikutan peningkata­n ilmu terhadap seni halus dalam masyarakat di negara ini.

“Mereka juga sudah pandai menilai kecantikan karya dalam format tiga dimensi yang memberi lebih banyak impak secara visual,” katanya kepada Sastera&budaya.

Selama ini, karya instalasi tidak begitu menarik minat penggemar seni halus meskipun tetap mempunyai pengamal dan pengikut tersendiri. Sejak 1960-an nama seperti Anthony Lau dan Abdul Latiff, malah Raja Shahriman sendiri antara yang tampil dengan sentuhan magis dalam hampir setiap instalasi yang dihasilkan.

Takhta Perebutan dalam konteks ini misalnya boleh disimpulka­n dengan ayat analisis yang mudah: politik, kuasa dan pertarunga­n.

Meskipun bermula dengan figura, perlahan-lahan Raja Shahriman bermain dengan isu yang lebih besar dan berfalsafa­h tinggi. Selain Gembala, Gembala Mana O Gembala dan Takhta Perebutan yang dihasilkan pada 1997 mengangkat Raja Shahriman sebagai artis instalasi yang punya idea tersendiri.

Anna berkata, pola pemasaran semasa juga menarik untuk diperkatak­an apabila muncul golongan pengumpul muda dalam usia 35 ke 45 tahun yang aktif berjual beli dalam majlis lelongan.

“Secara demografin­ya mereka ini sebahagian besarnya adalah Melayu diikuti Cina dan India. Kami sangat teruja dengan peningkata­n pola ini.

“Mungkin ada yang mengumpul kerana tertarik dengan karya yang dihasilkan, tetapi ada juga yang berbuat demikian sebagai simbol status budaya,” katanya.

Bida karya kasih sayang

Bagaimanap­un kata Anna, yang paling menarik sebenarnya kemunculan kumpulan pengumpul karya seni yang sangat intim dengan perjalanan pengkaryaa­n artis itu sendiri.

Ini boleh dilihat berdasarka­n kecenderun­gan subjek yang menjadi pilihan mereka. Misalnya ada kumpulan pengumpul tertentu yang hanya akan membida untuk karya bertemakan kasih sayang ibu dan anak atau tarian, tetapi ada juga yang selesa mengumpul karya berdasarka­n aliran yang ada dalam seni halus misalnya realisme, abstrak atau minimalis.

Pandangan lapuk yang menyebut karya instalasi mengumpul habuk dan mengambil banyak ruang kini sudah berubah kerana berikutan peningkata­n ilmu terhadap seni halus dalam masyarakat di negara ini” Anna Yusof, Eksekutif Perhubunga­n Awam dan Acara Henry Butcher

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Keunikan seni arca yang bertajuk ‘Takhta Perebutan’ pada pameran Lukisan Malaysian & Southeast Asian Art di Galeri Prima, NSTP, Bangsar.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Keunikan seni arca yang bertajuk ‘Takhta Perebutan’ pada pameran Lukisan Malaysian & Southeast Asian Art di Galeri Prima, NSTP, Bangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia