Berita Harian

Usah mudah terpedaya testimoni ditampilka­n produk pengaruhi pengguna

- Siti Nor Aishah Mamad, Universiti Sains Islam Malaysia

kini, ada banyak produk kosmetik dan suplemen yang dipasarkan. Pengguna disajikan pelbagai testimoni yang kononnya berjaya daripada pihak penjual. Namun tahukah anda bahawa testimoni itu boleh direka? Ada sesetengah penjual atau pengedar tidak bertanggun­gjawab menipu pembeli atau pengguna dengan memberi testimoni palsu.

Ada produk kecantikan mengandung­i bahan terlarang seperti merkuri, hydroquino­ne dan tretinoin untuk mencerahka­n kulit dengan cepat tetapi memberi kesan sampingan termasuk iritasi kulit, mual dan muntah manakala kesan jangka panjang boleh mengakibat­kan kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, Alzheimer, Parkinson dan gangguan perkembang­an janin.

Sementara itu, ada pesakit sanggup mengambil apa sahaja suplemen tambahan untuk menyembuhk­an atau sekurang-kurangnya dapat mengurangk­an rasa sakit yang dialami tanpa mengetahui kemungkina­n kesan buruknya. Hal ini kerana sesetengah produk kesihatan mengandung­i bahan terlarang seperti dexamethas­one iaitu sejenis steroid.

Antara kesan buruk pengambila­n steroid dalam jangka panjang serta tidak terkawal boleh menyebabka­n penyakit darah tinggi dan diabetes bertambah buruk. Antara kesan lain termasuk menyebabka­n kegagalan buah pinggang, tulang rapuh, mudah dijangkiti kuman dan sebagainya.

Jadi, dalam soal membeli produk, saya sarankan ikut saranan doktor khususnya bagi penghidap penyakit serius seperti buah pinggang, diabetes, sakit jantung dan seumpamany­a mestilah ikut saranan doktor dengan mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan mengikut dos ditetapkan.

Jangan terpengaru­h

Jangan mudah terpengaru­h dengan dakyah penjual yang kononnya produk mereka mampu sembuhkan penyakit anda kerana kemungkina­n produk itu akan burukkan lagi tahap kesihatan anda.

Kedua, pastikan mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Ini untuk memastikan produk diambil bebas daripada bahan terlarang. Walaupun produk yang berdaftar di bawah KKM belum tentu 100 peratus selamat tetapi sekurang-kurangnya boleh mengurangk­an risiko kesihatan.

Ketiga, perhatikan kandungan dan dos bahan. Jika ada bahan terlarang di dalamnya, jangan beli biar pun produk berkenaan menarik dan menjanjika­n hasil memuaskan.

Kesimpulan­nya, jangan terlalu obses dengan kecantikan sehingga memudaratk­an diri sendiri. Sesungguhn­ya kecantikan rohani lebih penting dan mulia berbanding dengan kecantikan fizikal yang tidak kekal. Apabila rohani cantik, automatik kecantikan fizikal pun akan terserlah.

Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan dan kesihatan yang banyak di pasaran. Pengeluar dan penjual tidak akan peduli jika produk mereka memberi kesan buruk kepada pengguna asalkan mereka dapat keuntungan yang diinginkan.

Dimaklumka­n pihak KKM menerusi Bahagian Perkhidmat­an Farmasi sudah menyediaka­n perkhidmat­an Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1-800-88-6722 (Isnin-jumaat, 8 pagi hingga 5 petang) untuk orang awam bertanyaka­n apa sahaja berkaitan produk di pasaran.

Sebarang aduan mengenai penjualan produk yang mengandung­i bahan terlarang boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM di laman sesawang berikut: http://moh.spab.gov.my/eapps/system/index.do. Aduan anda mungkin boleh menyelamat­kan orang ramai daripada menjadi mangsa. Anda mampu mengubahny­a.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sebahagian kosmetik dan suplemen yang dirampas selepas dikesan mengandung­i bahan terlarang yang boleh mendatangk­an mudarat kepada pengguna.
[FOTO HIASAN] Sebahagian kosmetik dan suplemen yang dirampas selepas dikesan mengandung­i bahan terlarang yang boleh mendatangk­an mudarat kepada pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia