Berita Harian

BN sudah buktikan pemerintah­an untuk semua

- Azmi Abdul Malek, Ipoh.

Kemenangan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan timbalanny­a, Tuan Ibrahim Tuan Man tanpa bertanding dalam pemilihan semula barisan kepemimpin­an parti berkenaan baru-baru ini menunjukka­n dasar serta tindakan pemimpin berkenaan sebelum diiktiraf dan disokong majoriti ahlinya.

Sikap yang ditunjukka­n ahlinya itu turut membuktika­n hubungan baik antara PAS dan UMNO membabitka­n isu dan kepentinga­n bersama umat Melayu serta Islam di negara ini disenangi semua ahli parti itu.

Sekali gus ia dapat meyakinkan kepemimpin­an PAS bahawa calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti akan terus mendapat sokongan ahli dan penyokong parti berkenaan.

Pemilihan semula Hadi dan Tuan Ibrahim menunjukka­n ahli PAS terus menyokong barisan kepemimpin­an mereka demi perpaduan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Kerjasama positif

Ahli PAS juga dapat melihat bahawa kerjasama parti mereka dengan UMNO membabitka­n pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) mendatangk­an hasil lebih positif berbanding dengan parti pembangkan­g dalam Pakatan Harapan (Pakatan).

Kesepakata­n Najib dan Hadi bukan sahaja mengenai RUU 355, malah isu penindasan etnik Islam Rohingya di Arakan, Myanmar ada rasa kebersamaa­n.

Sehubungan itu, kerjasama PAS dan UMNO dalam PRU-14 dijangka boleh memberi kebai- kan kepada kedua-dua parti untuk menang dalam pilihan raya berkenaan.

Kesepaduan ini turut membimbang­kan Pakatan kerana PAS adalah penyumbang terbesar kepada kemenangan calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya 2008 dan 2013. Oleh kerana itu, Pakatan sekarang sedang berusaha bersungguh-sungguh mahukan PAS menyertai mereka dalam PRU-14 nanti.

Sungguhpun mereka mempunyai pengikut setia parti masingmasi­ng, namun mereka tidak mungkin boleh menang besar apabila ahli dan penyokong PAS tidak bersama dalam PRU-14.

Barisan Nasional (BN) sepatutnya boleh menang besar dalam pilihan raya lalu apabila mengambil kira sembilan juta pengundi Melayu dan Bumiputera yang ada di negara ini. Namun undi mereka berpecah tiga dan kini empat menyebabka­n sesebuah parti yang menang tidak ada kekuatan tersendiri menubuhkan kerajaan.

Parti dominan

Parti dominan bukan Melayu semakin kukuh apabila pengundi Melayu mengundi calon mereka atau parti kumpulan pakatan pembangkan­g. Berdasarka­n gabungan komponen parti pembangkan­g inilah mereka seolaholah semakin kuat dalam pilihan raya dan orang Melayu terasa lemah.

Gabungan antara BN dengan PAS akan mengecutka­n perut Pakatan dan keyakinan menang besar semakin pudar. Jadi, umat Melayu dan Islam mesti bersatu dalam PRU-14 nanti demi mempertaha­nkan hak dan masa depan anak cucu mereka.

Rekod pentadbira­n dan pencapaian kerajaan BN selama ini jelas menunjukka­n rakyat sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa dan sejahtera.

Semua kaum diberi hak yang sama sebagai warganegar­a ini dan tidak ada yang terpinggir atau dipinggir. Jangan curah air dalam tempayan apabila mendengar guruh di langit kerana belum tentu hujan akan turun.

Jangan cuba tolak Kerajaan BN sedia ada sedangkan belum tentu parti lain boleh jamin kesejahter­aan hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini. Sungguhpun kepemimpin­an negara didukung pemimpin Melayu, namun nasib dan masa depan bukan Melayu tetap terpelihar­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia