Berita Harian

Perancis berdepan lagi ancaman militan Daesh

Pengganas bunuh pegawai polis, sentap kempen pilihan raya

-

Lelaki berusia 39 tahun yang membunuh seorang pegawai polis Perancis, sema la m dikaitkan sebagai penyerang militan Daesh dan pernah terbabit dalam serangan bersenjata ke atas pegawai penguatkua­sa negara.

Sumber polis yang memberitah­u perkembang­an itu turut menahan suspek kedua atas bantuan pihak keselamata­n Belgium. Dia dilaporkan menyerah diri di sebuah balai polis di Antwerp.

Presiden Francois Hollande yang menyebut ia adalah ‘sifat semula jadi pengganas’ mengarahka­n pendakwa raya antike- ganasan melancarka­n siasatan dengan segera.

Tembak arah kenderaan polis

Menurut kementeria­n dalam negeri, polis Perancis menahan tiga anggota keluarga penyerang bersenjata itu untuk soal siasat selepas sebuah rumah di pinggir bandar raya itu digeledah, dipercayai ada kaitan dengan serangan di Champs-elysees.

Dalam serangan berdarah itu, penyerang berkenaan dikenali Karim Cheurfi melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis pada lewat malam kelmarin membunuh seorang pegawai dan mencederak­an dua lagi sebelum dia sendiri ditembak mati di tempat kejadian.

Insiden itu menyentap kempen hari terakhir bagi pilihan raya Perancis, esok dengan kebanyakan calon membatalka­n sesi mereka sebagai menghormat­i mangsa yang terkorban.

Militan Daesh mengakui menjadi dalang serangan dan menyebut penyerang itu sebagai ‚Abu Yousif the Belgian‘. Tapi, pihak berkuasa Belgium menafikan apabila berkata kenyataan itu tidak benar.

 ??  ??
 ?? [ FOTO EPA ] ?? Polis Perancis memantau seluruh bandar raya Paris semalaman selepas serangan pengganas, kelmarin.
[ FOTO EPA ] Polis Perancis memantau seluruh bandar raya Paris semalaman selepas serangan pengganas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia