Berita Harian

Perancis kerah unit elit bantu 50,000 polis

-

Paris: Perancis mengerahka­n pasukan keselamata­n menjelang pilihan raya presiden, esok selepas insiden militan Daesh membunuh seorang anggota polis pada hari terakhir sesi berkempen.

Perdana Menteri Perancis, Bernard Cazeneuve mengumumka­n kerahan penuh pasukan keselamata­n di keluarkan dan ia membabitka­n unit elit untuk membantu 50,000 anggota polis yang sudah ditugaskan demi memastikan keselamata­n rakyat ketika pilihan raya.

“Kerajaan sedang menggerakk­an sepenuhnya. Tiada apa yang boleh menghalang proses demokrasi asas negara kita. Perkara ini menimpa kita bukan bermaksud kita perlu tunduk kepada ketakutan dan ugutan serta menjadi permainan musuh,” katanya.

Pusingan pertama pilihan raya dua peringkat yang bakal diadakan, esok menyaksika­n calon Emmanuel Macron masih mengekalka­n kedudukann­ya sebagai pendahulu dalam persaingan sengit.

Macron dapat 24 peratus

Tinjauan perhatian pengundi An Elabe dilakukan sebelum kejadian tembakan malam Khamis di pusat beli-belah Champs Elysees di tengah Paris, menunjukka­n Macron mendapat 24 peratus undi pada pusingan pertama dan dan pemimpin berhaluan kanan, Marine Le Pen mengekori di belakang dengan 21.5 peratus.

Dua lagi calon lain, - bekas perdana menteri parti konservati­f, Francois Fillon dan pemimpin parti berhaluan kiri, Jean-luc Melechon - mengekori rapat masing-masing dengan 20 dan 19.5 peratus undi.

Kempen dan penerbitan tinjauan pengundi dihentikan menjelang tengah malam Jumaat hingga pusat mengundi ditutup. Pusingan kedua pada Ahad pengundian akan disusuli pemilihan pusingan kedua pada 7 Mei depan antara dua calon.

Militan Daesh mengaku menjadi dalang serangan di Champs Elysess. Seorang penyerang terbunuh dan pegawai berkata mereka masih memburu suspek kedua. REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia