Berita Harian

Pochettino tekad korbankan Chelsea

Pengurus Spurs sifatkan aksi bertemu The Blues bagaikan final

-

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino menyifatka­n aksi menentang Chelsea dalam pertembung­an separuh akhir Piala FA, tengah malam ini ibarat aksi final.

Spurs turun ke Wembley dengan misi menjadikan skuad kendalian Antonio Conte sebagai ‘mangsa korban’ dalam usaha ke pentas final Piala FA, bulan depan.

Skuad utara London itu sudah menjulang trofi berprestij itu sebanyak lapan kali namun gagal mara ke pentas final sejak 1991.

Chelsea pula menikmati kejayaan yang hebat termasuk empat kali menjulang trofi Piala FA sejak sedekad lalu, dan Pochettino mahu pemainnya memanfaatk­an peluang kali ini.

“Kami mengambil aksi ini seperti final dan kami perlu menunjukka­nnya sejak dari awal perlawanan. Kami perlu bermain agresif, dengan falsafah bola sepak kami,” kata Pochettino.

Vorm bakal diketepika­n

“Mempunyai peluang untuk beraksi dalam separuh akhir berdepan sebuah pasukan terbaik Eropah jarang berlaku dan saya menganggap­nya ia sebagai peluang yang hebat.

“Penting untuk kami mengekalka­n fokus 100 peratus dan memastikan kami benar-benar bersedia berbanding mereka. Ia akan menjadi aksi yang sukar.”

Spurs tiba ke perlawanan ini dalam motivasi terbaik selepas merakam tujuh kemenangan berturut-turut dalam saingan liga sebelum ini.

Chelsea pula tewas pada dua daripada empat aksi terakhir tetapi Pochettino percaya The Blues tetap turun sebagai calon pilihan untuk mara ke final.

Dalam pada itu, penjaga gol Michael Vorm bakal diketepika­n untuk pertemuan ini atas sebab kecederaan lutut dan tempatnya bakal digantikan Hugo Lloris yang hanya diturunkan dalam aksi liga sebelum ini. Agensi

 ??  ?? Vorm terpaksa diketepika­n malam ini kerana mengalami kecederaan lutut.
Vorm terpaksa diketepika­n malam ini kerana mengalami kecederaan lutut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia