Berita Harian

Liverpool, United teruskan misi berbeza

-

Minggu ini hanya enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berlangsun­g berbanding 10 seperti lazimnya. Empat aksi ditangguh bagi memberi laluan kepada perlawanan separuh akhir Piala FA.

Dua aksi bagi merebut piala berprestij itu masing-masing membabitka­n perlawanan antara Chelsea dan Tottenham Hotspur di Stamford Bridge serta Arsenal dan Manchester City di Emirates.

Ketiadaan empat pasukan gergasi itu bagaimanap­un dijangka tidak menjejaska­n kemeriahan saingan EPL minggu ini kerana ada dua lagi pasukan ternama bakal turun berentap iaitu Liverpool dan Manchester United.

The Reds bimbingan Jurgen Klopp bakal menyambut kunjungan Crystal Palace manakala

The Red Devils akan bertandang ke Turf Moor untuk bertemu dengan tuan rumah, Burnley. Kedua-dua aksi berlangsun­g pada Ahad malam.

Buat Liverpool, perlawanan bertemu pasukan bimbingan Sam Allardyce di Selhurst Park itu sangat penting untuk menghadir- kan tiga mata buat mereka dalam misi untuk terus kekal dalam empat terbaik saingan liga sehingga ke penghujung musim.

Sebelum pertemuan ini The Reds berada di tangga ketiga liga dengan himpunan 66 mata menerusi 33 aksi, ketinggala­n lima mata di belakang Spurs yang menghuni tempat kedua dan berkelebih­an satu perlawanan.

Kelebihan dua mata

Bagaimanap­un, mereka hanya kelebihan dua mata di belakang City yang memiliki kelebihan satu perlawanan, manakala United mengekori rapat dengan hanya ketinggala­n enam mata tapi memiliki kelebihan dua aksi.

Minggu lalu, anak buah Klopp mencatatka­n kemenangan kurang meyakinkan apabila hanya mampu menjinakka­n West Brom, 1-0, di laman lawannya itu. Palace pula yang pada dua minggu lalu berjaya mengejutka­n Arsenal, 3-0, hanya mampu terikat 2-2 dengan penyandang juara, Leicester City baru-baru ini di laman sendiri.

Saya jangkakan perlawanan ini sengit dan penuh taktikal, sekali gus tidak menolak Palace mampu melakukan kejutan seperti ketika bertemu The Gunners.

Sementara itu, United yang menjinakka­n Chelsea di Stamford Bridge bagi menghidupk­an peluang ke Liga Juara-juara dalam percaturan mengejutka­n Jose Mourinho itu, dijangka berdepan satu lagi aksi luar dugaan Burnley.

Skuad The Clarets bimbingan Sean Dyche yang menduduki tangga ke-14 liga dengan himpunan 36 mata, berjaya mengejutka­n United 0-0 pada aksi pertama di Old Trafford pada 29 Oktober.

United tidak ada pilihan, kecuali memenangi pertemuan ini kerana City menanti mereka pada awal pagi Jumaat depan, sebelum disusuli Arsenal (7 Mei) dan Spurs (11 Mei).

Namun kejayaan mara ke separuh akhir Liga Europa semalam dengan menyingkir­kan Anderlecht menerusi agregat harus menjadi tonik buat Mourinho dan barisan pemainnya memenangi aksi bertemu Burnley ini meskipun masih keletihan.

Dalam pada itu, dua aksi separuh akhir Piala FA pada Ahad ini harus menjadi tumpuan dengan ramalan kemenangan dijangka memihak kepada The

Blues dan The Citizens. Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia