Berita Harian

840 atlet Singapura lepasi had kelayakan

-

Singapura: Kira-kira 840 atlet sudah melepasi had kelayakan ditetapkan Majlis Olimpik Singapura (SNOC) untuk mewakili republik ini di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini, lapor Channel Newsasia.

Angka itu dijangka dikurangka­n apabila persatuan sukan kebangsaan membuat pemilihan terakhir untuk mengesahka­n penyertaan atlet mereka.

Memetik kenyataan media yang dikeluarka­n, laporan itu menyebut ia adalah senarai awal atlet yang layak daripada 34 jenis sukan yang dikemukaka­n persatuan sukan kebangsaan untuk dipertimba­ngkan Jawatankua­sa Pemilihan SNOC dipengerus­ikan Presiden SNOC, Tan Chuan-jin yang juga Menteri Sosial dan Pembanguna­n Keluarga.

Atlet yang belum melayakkan diri diberi tempoh sehingga pertengaha­n Jun ini untuk melepasi kriteria kelayakan iaitu catatan pemenang tempat ketiga pada Sukan SEA Singapura 2015 menurut SNOC.

Rayuan sehingga 15 Jun

Sebarang rayuan akan dipertimba­ngkan pada 15 Jun ini, tambah kenyataan itu.

“Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan berlangsun­g Ogos ini dengan 405 acara diadakan daripada 38 jenis sukan.

“Acara sukan seperti kriket, hoki ais dan luncur ais akan diadakan untuk kali pertama tahun ini dan atlet Singapura dalam sukan ini berjaya membuktika­n kemampuan pada percubaan pertama mereka,” lapor SNOC.

Pada Sukan SEA Singapura 2015 yang diadakan di republik ini, tuan rumah menampilka­n 747 atlet iaitu jumlah terbesar pernah mewakili Singapura dalam satu te- masya besar.

Pada temasya berkenaan, Singapura mengutip 84 pingat emas, 73 perak dan 102 gangsa.

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos dan ini adalah kali keenam temasya sukan terbesar Asia Tenggara diadakan di Malaysia selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia