Berita Harian

Badrul Hisyam tak kisah berlari tiga acara

Atlet sensasi lebih gemar acara 100m, 400m

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Pelari sensasi negara, Badrul Hisyam Abdul Manap tidak mempunyai masalah sekiranya diletakkan dalam mana-mana acara untuk bertanding pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos ini.

Dia mempunyai pengalaman dan sudah bersedia sepenuhnya dalam acara individu iaitu 100 meter (m), 200m dan 400m.

Namun, atlet berusia 20 tahun itu mengakui dia lebih gemar berlari dalam acara pecut 100m dan gembira sekiranya dapat menyertai acara lamanya, 400m.

“Untuk Sukan SEA Kuala Lumpur nanti, fokus saya dalam semua acara tetapi saya lebih berharap dapat berlari dalam acara pecut 100m.

“Kalau ada rezeki saya akan mewakili negara dalam acara 100m, tetapi jika saya diminta berlari untuk 400m saya tidak ada masalah untuk melakukann­ya,” katanya.

Badrul Hisyam berkata, jika jurulatih meletakkan­nya beraksi dalam acara 400m, dia berharap dapat membantu negara meraih pingat emas di laman sendiri.

Lakar kejutan

Katanya, tidak mustahil untuk melakar kejutan dan dia perlu berhati-hati dengan kehadiran pemenang pingat emas dan perak di Sukan SEA Singapura 2015 iaitu Kunanon Sukkaew dari Thailand serta Cong Lich Quach (Vietnam).

Badrul Hisyam turut ber- kongsi beberapa kelebihan buatnya bagi acara 100m dan 400m yang memang jelas banyak perbezaann­ya cuma taktikal yang berkesan dapat membantu larian seseorang atlet.

“Bagi saya acara pecut 100m lebih banyak tekanan kerana membabitka­n jarak yang pendek dan perlu banyak berfikir. Kalau permulaan larian agak lambat, sukar untuk mengejar pelari di depan.

“Namun, kalau berlari 400m, jaraknya agak jauh dan jika ketinggala­n sekurang-kurangnya kita boleh kejar kembali pada jarak 200m terakhir,” katanya.

Anak didik jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim itu adalah antara atlet yang menjalani latihan dan pertanding­an di Afrika Selatan selama kirakira dua bulan sebelum ini untuk persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.

 ??  ?? Hisyam lebih gemar berlari dalam acara pecut 100m.
Hisyam lebih gemar berlari dalam acara pecut 100m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia