Berita Harian

Tengku Mahaleel puji Al Amin

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff lega kerana kemelut berhubung penggantin­ya selesai dengan semangat kekeluarga­an.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria akan diumumkan secara rasmi sebagai presiden baharu badan induk itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), 29 April ini.

Namun, Tengku Mahaleel sempat memberikan nasihat kepada penggantin­ya itu dan ahli majlis untuk memilih timbalan yang boleh memberikan komitmen untuk meningkatk­an sukan badminton negara.

“Saya puji pengorbana­n yang dilakukan Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid (Pemangku Presiden BAM) kerana sanggup memberi laluan kepada Norza bagi mengekalka­n tradisi tiada pertanding­an.

“Secara keseluruha­nnya, ia sesuatu yang positif untuk badminton negara,” kata Tengku Mahaleel yang menyerahka­n tugas untuk dipangku kepada Al Amin pada Oktober 2015 kerana masalah kesihatan.

Norza perlu dibantu

Tengku Mahaleel, berkata tugas untuk meningkatk­an tahap badminton negara tidak boleh hanya diserahkan sepenuhnya kepada Norza sebaliknya beliau perlu dibantu dengan kerjasama semua pihak terutama timbalan presiden yang bakal dilantik nanti.

“Apa yang paling penting, Presiden BAM timbalan presiden yang akan dilantik nanti adalah mereka yang benar-benar mahu membantu presiden. Saya tidak mahu memihak kepada sesiapa kerana itu adalah hak presiden dan ahli majlis untuk menentukan.

“Cuma, saya boleh beri pandangan yang kita memerlukan individu yang meletakkan sukan badminton itu sendiri sebagai keutamaan yang pertama. Mereka juga perlu lebih mendekati pemain dan jurulatih bagi mengetahui masalah atau apa saja berkaitan kebajikan mereka.

“Saya juga sarankan, ahli majlis juga perlu sentiasa turun padang kerana saya fikir masih ada jurang antara pihak pengurusan dengan pemain dan jurulatih,” kata Tengku Mahaleel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia