Berita Harian

Perpaduan persatuan terus jadi keutamaan

-

Seremban: Presiden Persatuan Badminton Negeri Sembilan (NSBA), David Wee Toh Kiong, melahirkan rasa gembira kerana kemelut perebutan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat diselesaik­an dengan baik.

Katanya, pujian harus diberikan kepada Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana usaha mereka dalam menyelesai­kan masalah itu.

“Saya gembira kerana Rosmah dan Khairy dapat membantu BAM dalam perkara ini. Ini menunjukka­n BAM sebagai sebuah persatuan yang dicontohi dan rundingan adalah jalan terbaik untuk menyelesai­kan sebarang masalah.

“Ia juga menunjukka­n kematangan Rosmah dan Khairy yang telah meletakkan perpaduan persatuan di atas kepentinga­n diri.

Norza tidak dicabar

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sepatutnya tidak ada pertanding­an kerana Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-amin Abdul Majid dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mempunyai kekuatan masing-masing,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan ahli Majlis BAM yang sebulat suara menyokong supaya Mohamad Norza tidak dicabar pada pemilihan sempena mesyuarat agung tahunan badan induk itu, 29 April ini.

Ahli Majlis BAM yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Rosmah dan Khairy semalam bersetuju supaya Mohamed Al-amin memberi laluan kepada Mohamad Norza untuk menduduki jawatan tertinggi badan induk itu.

Mampu lonjak sukan badminton

Mengenai ahli gabungan BAM akan menyokong sepenuhnya usul supaya Mohamed Al-amin dilantik sebagai Penasihat BAM pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu nanti, beliau berharap gandingan kedua mereka akan dapat melonjakka­n lagi sukan badminton di tahap yang lebih tinggi.

Katanya, ini jelas apabila jaguh perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Goh Vee Shem/tan Wee Kiong dan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Selain itu, beliau juga berharap pelantikan Mohamad Norza sebagai presiden baharu pada mesyuarat agung tahunan nanti akan dapat meletakkan badan induk itu di platform yang baharu.

“Sebagai orang muda, Mohamad Norza diharap mampu menggalas tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia