Berita Harian

Sarawak kecewa, Terengganu ceria

- Oleh Azmil Sulaiman

Petra Jaya: Impian Sarawak menempah slot ke separuh akhir Piala FA musnah setelah tewas 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, skuad Bujang Senang terikat 1-1 (agregat 2-2) dengan pelawat sehingga tamat 90 minit saingan.

Kelebihan jaringan di tempat lawan ketika bertandang di Te- rengganu sebelum ini ternyata belum memadai buat skuad kendalian David Usop menyekat kemaraan skuad Penyu.

Perkemas aksi

Meskipun tuan rumah dilihat mendominas­i permainan, mereka dikejutkan dengan jaringan awal pelawat menerusi Issey Farean Morgan Nakajima pasa minit ke-9.

Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, Sarawak kemudian bertindak memperkema­s aksi dengan melancarka­n serangan bertali arus ke arah benteng pertahanan lawan, namun gagal menyempurn­akan himpunan peluang terhidang.

Bersambung babak kedua, Sarawak terus menguasai rentak permainan yang sering kali melepasi pertahanan Terengganu.

Gol penyamaan Sarawak hanya tiba ketika perlawanan berbaki sepuluh minit menerusi rembatan cantik pemain importnya Demerson Bruno Costa sekali gus mengikat kedudukan.

Bagaimanap­un, kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol penamat yang akhirnya mengheret aksi berkenaan ke penentuan sepakan penalti.

 ?? [FOTO NADIM BOKKHARI/BH] ?? Pemain Sarawak, Mateo Roskam dikepung empat pemain Terengganu dalam aksi di Stadium Negeri,
Petra Jaya, malam tadi.
[FOTO NADIM BOKKHARI/BH] Pemain Sarawak, Mateo Roskam dikepung empat pemain Terengganu dalam aksi di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia