Berita Harian

TMJ pastikan tiada rasuah

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampak begitu serius untuk membantera­s gejala rasuah daripada terus menular dalam sukan bola sepak negara apabila meminta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau semu

-

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih belum mahu mendedahka­n nama bakal ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang ditemuinya untuk rundingan akhir, semalam.

Tunku Ismail berkata beliau sudah mengenal pasti individu yang akan membimbing skuad Harimau Malaya dan perbincang­an lebih terper- inci diadakan hari ini (semalam).

“Mesyuarat yang saya akan adakan dengan bakal jurulatih itu adalah hari ini (semalam). Jadi saya tengok dia adalah individu sesuai untuk memegang jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

FAM lupakan Gomez

“Buat masa ini saya masih dalam perbincang­an dan enggan men- dedahkan lagi. Tunggu sahaja pengumuman nanti,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama ahli gabungan FAM di Hotel Thistle di sini, semalam.

Tunku Ismail secara berseloroh menamakan bekas pemain kebangsaan Khalid Ali selaku jurulatih dan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar sebagai pengurus kerana sering memberi komen kepada media.

Sebelum ini, Tunku Ismail menamakan bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya dengan Gomez sendiri menamakan ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe selaku penolong jurulatih.

Namun Gomez yang meminta gaji yang tinggi memaksa FAM me- lupakan hasrat untuk mendapatka­n khidmat jurulatih dari Argentina itu manakala status Cheng Hoe masih menjadi tanda tanya.

BH Sukan difahamkan kedudukan Cheng Hoe kini bergantung kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada mahu melepaskan jurulatih terbaik 2016 itu untuk berkhidmat dengan FAM atau sebaliknya.

 ??  ?? Tunku Ismail (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat bersama ahli gabungan FAM di Johor Bahru, semalam.
Tunku Ismail (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat bersama ahli gabungan FAM di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia