Berita Harian

PRESIDEN BAM

Chong Wei percaya Norza boleh bawa perubahan

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei percaya pelantikan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu membawa perubahan besar dalam badan induk itu terutama dalam melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Sambil mengakui barisan pemain negara sangat selesa bekerjasam­a dengan Norza sepanjang beliau memegang jawatan timbalan presiden, Chong Wei, berkata dia sedia membantu untuk meningkatk­an tahap badminton negara ke peringkat lebih tinggi.

“Norza memang rapat dengan pemain. Jadi, apabila beliau bakal dilantik menjadi presiden nanti, saya percaya beliau mampu membawa perubahan untuk BAM.

“Fokus sudah pasti terarah terhadap proses pembanguna­n pemain, bagaimana kita mahu lahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Banyak idea baharu

“Saya pasti Norza akan mengadakan perbincang­an dengan jurulatih mengenai perancanga­nnya nanti, saya juga sedia untuk memainkan peranan sebagai pemain senior,” kata Chong Wei ketika ditemui sele- pas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, semalam.

Mengulas lanjut, pemain nombor satu dunia itu percaya sebagai pemimpin muda, Norza pastinya mempunyai idea-idea baharu bagi merealisas­ikan misi meletakkan Malaysia dalam kelompok tiga terbaik dunia menjelang 2020.

“Norza masih muda, beliau pastinya mempunyai idea yang lebih segar bagi memastikan badminton negara terus berkembang.

“Jadi, saya percaya mudah untuk semua pihak bekerjasam­a dengan beliau,” katanya yang berlepas ke Wuhan, China semalam bagi menyertai Kejohanan Badminton Asia bermula Selasa ini.

 ??  ?? Chong Wei (kiri) yakin Norza (kanan) mampu bawa perubahan untuk BAM.
Chong Wei (kiri) yakin Norza (kanan) mampu bawa perubahan untuk BAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia