Berita Harian

JURULATIH HARIMAU MALAYA

FAM sudah ada calon sesuai

- Oleh Rizar Mohd Noor rizar@bh.com.my Johor Bahru

Semua Ahli EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pegawai, pemain serta pengadil yang terbabit dalam Liga Malaysia (Liga M) akan dipantau oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu didedahkan oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tampak begitu serius untuk membantera­s gejala rasuah daripada terus menular dalam sukan bola sepak negara.

Tunku Ismail berkata, FAM bekerjasam­a dengan SPRM untuk menjalanka­n pemantauan dengan lebih rapi dalam usaha membantera­s gejala tidak sihat itu.

“Maklumat yang saya terima amat menyedihka­n apabila kegiatan mengatur perlawanan dalam bola sepak negara masih lagi aktif. Menjadi keutamaan kita untuk membantera­s gejala ini.

“Kita akan membuka pintu seluasluas­nya kepada SPRM untuk menjalanka­n siasatan berhubung perkara ini. Malah, saya juga meminta SPRM meletakkan beberapa pega- wai mereka untuk bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Integriti FAM.

SPRM sah terima senarai

“Saya mahu pihak SPRM pantau sebarang pergerakan membabitka­n aktiviti bola sepak secara lebih dekat. Mereka bukan sahaja akan berada di setiap persatuan dan setiap perlawanan utama, malah mereka turut berada di Liga FAM dan pada perlawanan Liga Bola sepak Rakyat (LBR),” katanya.

Tunku Ismail berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli gabungan FAM di Hotel Thistle di sini, semalam.

Di Kuala Lumpur, SPRM mengesahka­n FAM menyerahka­n senarai nama dan butiran peribadi individu pelbagai peringkat yang perlu dipantau suruhanjay­a itu, kelmarin.

Senarai itu diserahkan oleh Tunku Ismail dalam pertemuan dengan pihak SPRM yang diketuai Ketua Pesuruhjay­anya, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Rombongan SPRM turut disertai Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi), Datuk Azam Baki dan Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

SPRM dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n pemantauan rapi akan dilaksanak­an ke atas semua individu yang disenaraik­an itu, yang mencakupi pemain, pengadil, pegawai dan kakitangan FAM.

“Dalam kunjungan SPRM semalam (kelmarin), Tunku Ismail menitahkan untuk membantu memastikan arena sukan bola sepak negara bersih dan bebas daripada sebarang pengaruh rasuah serta salah guna kuasa.

“SPRM akan memberikan sokongan serta komitmen penuh untuk memastikan sukan bola sepak membabitka­n pemain, pengadil perlawanan dan pegawai sukan tidak terpalit dengan anasir jenayah rasuah serta salah guna kuasa,” kata kenyataan itu.

SPRM turut menyatakan sanjungan tinggi terhadap sokongan penuh dan komitmen berterusan Tunku Ismail dalam memerangi serta menghapusk­an rasuah, khususnya arena sukan bola sepak tanah air.

“Kepemimpin­an dan kewibawaan Tunku Ismail dalam menerajui FAM pasti membawa perubahan dan kegemilang­an kepada pembanguna­n sukan bola sepak negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia