Berita Harian

Pertingkat gerak kerja hadapi PRU-14: Najib

Pengerusi BN ingatkan jentera tidak leka, segera tingkat prestasi

- Oleh Badrul Hizar Ab Jabar, Fairuz Zaidan dan Amir Mamat bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak mengingatk­an semua jentera Barisan Nasional (BN) supaya meningkatk­an prestasi gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, meskipun suasana politik pada ketika ini memihak kepada BN, namun ia tidak menjamin keselesaan pada PRU-14 akan datang.

“Suasana ketika ini meyakinkan kita, tetapi jangan terlalu yakin selagi wisel pilihan raya belum ditiup, kita masih ada masa untuk melakukan gerak kerja.

“Saya tak tahu bila pilihan raya... rasa-rasanya macam nak buat esok, tetapi kita kena pastikan jentera buat kerja berdasarka­n kepada gerak kerja yang sudah kita tentukan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Khas Pengerusi BN bersama kira-kira 1,000 Jentera Pilihan Raya BN Melaka di Seri Bendahara, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramania­m.

Terdahulu, Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepemimpin­an BN negeri selama kira-kira 25 minit.

Rampas kembali kerusi

Beliau yang juga Presiden UMNO turut memberi tanggungja­wab kepada BN negeri untuk merampas kembali beberapa kerusi yang terlepas kepada pembangkan­g pada PRU lalu, khususnya kerusi Parlimen Bukit Katil.

Katanya, sasaran itu adalah indeks prestasi utama (KPI) untuk BN Melaka dan berharap ia dapat direalisas­ikan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita mahu kerajaan yang kuat di Melaka walaupun pembangkan­g kata mahu kuburkan BN, tetapi hari ini kita pula yang kuburkan mereka.

“Jangan beri mereka peluang untuk mentadbir negara, sebab Malaysia adalah negara yang berjaya di bawah BN,” katanya.

Tuntut kesetiaan

Sementara itu, Najib ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) menuntut kesetiaan dalam kalangan penjawat awam bagi membolehka­n setiap perancanga­n pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan berkesan.

Perdana Menteri berkata, prinsip kesetiaan penting dan wajib kerana penjawat awam sudah mengangkat sumpah menyokong kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Wajib bagi kita (penjawat awam) mendokong dan setia kepada kerajaan sedia ada, selain mempu- nyai semangat kebersatua­n sesama kita, dalam erti kata lain berada dalam satu keluarga menuju ke arah satu matlamat,” katanya.

Di Jasin, Perdana Menteri berkata, Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ditawarkan kerajaan bukanlah menggambar­kan Malaysia sebagai negara dunia ketiga.

Perdana Menteri berkata, projek perumahan oleh Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada golongan berpendapa­tan rendah (B40) adalah manifestas­i negara cemerlang membantu golongan sasaran untuk memiliki kediaman mampu milik.

“Cuba bayangkan, mana ada negara di dunia ini yang (kerajaanny­a) beri subsidi perumahan cukup besar.

“Seperti PPR Tehel ini, sejumlah RM125,000 subsidi diberikan bagi kos perumahan yang dianggarka­n RM160,000, di mana pemilik rumah hanya membayar RM35,000 saja,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci PPR Tehel, di sini, semalam.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Najib menerima cenderamat­a daripada Idris pada Majlis Perjumpaan Khas Pengerusi BN bersama Jentera Pilihan Raya BN Negeri Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Najib menerima cenderamat­a daripada Idris pada Majlis Perjumpaan Khas Pengerusi BN bersama Jentera Pilihan Raya BN Negeri Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia