Berita Harian

‘Bakat tempatan juga hebat’

Sheila selar kritikan pihak terlalu agungkan artis luar dalam penganjura­n konsert

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Jika tiada bajet dan hanya mengharapk­an konsert percuma, bagaimana artis tempatan akan maju dan dapat bersaing dengan mereka Sheila Majid, Penyanyi

Selepas 26 tahun meninggalk­an kenangan manis beraksi di Stadium Negara menerusi Konsert Legenda, penghibur disegani

Datuk Sheila Majid akan kembali menggamit nostalgia peminat apabila bakal beraksi dalam Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017 pada 5 Ogos depan.

Kembali beraksi di Stadium Negara, Sheila yang membuat pengumuman itu ketika majlis pelancaran album terbaharun­ya, Boneka, baru-baru ini mengakui, pilihan lokasi ialah antara kriteria utama yang sering dititikber­atkan setiap kali ditanya mengenai konsert.

Baginya, konsert bukan sekadar sebuah persembaha­n yang menghimpun­kan ramai penyanyi, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek lain termasuk persembaha­n, muzik, lokasi dan teknikal untuk memastikan matlamat sebenar penganjura­n tercapai.

“Sebelum ini, saya pernah didekati pihak yang berminat mahu menaja konsert saya.

Tetapi, saya menolak kerana lokasi dipilih bukan Stadium Negara. Saya mahukan stadium supaya semua kelompok peminat mampu membeli tiket.

“Saya juga mahu menunjukka­n kepada semua, terutama generasi muda erti konsert yang sebenar. Apa ertinya konsert apabila menghimpun­kan banyak nama besar, tetapi setiap penyanyi hanya diberi peluang mempersemb­ahkan satu atau dua lagu. Kalau begitu, bagaimana bakat seseorang penyanyi dapat diasah,” katanya.

Perlu bajet sesuai

Tambah penghibur berusia 52 tahun itu, kritikan seperti penyanyi Malaysia perlu mencontohi artis luar dalam penganjura­n konsert tidak seharusnya wujud kerana jika diberi peluang dan bajet yang sesuai, bakat tempatan juga mampu menghasilk­an konsert yang hebat.

“Saya pernah terbaca tulisan mengatakan artis tempatan perlu belajar cara artis luar menganjurk­an konsert. Kita juga boleh menganjurk­an konsert yang bagus seperti mereka. Beri saya RM3 juta dan saya akan hasilkan sebuah konsert yang hebat.

“Jika tiada bajet dan hanya mengharapk­an konsert percuma, bagaimana artis tempatan akan maju dan dapat bersaing dengan mereka. Jangan perlekehka­n kehebatan artis tempatan. Pemuzik terkenal Indonesia,

Erwin Gutawa pernah menulis dalam bukunya dia banyak belajar daripada konsert Legenda yang dihasilkan produksi tempatan.

“Ketika itu, Erwin hanya bermain bass dan segala yang dipelajari­nya dalam konsert itu diaplikasi­kan untuk penganjura­n konsert di Indonesia.

Cuba lihat bagaimana mereka sekarang. Mereka jauh lebih hebat daripada kita,” katanya.

Enggan mendedahka­n secara terperinci perjalanan konsertnya itu, Sheila berkata, persembaha­n yang memakan masa lebih dua jam itu akan menyajikan himpunan lagu wajib khusus untuk peminat setianya.

“Penganjur menyediaka­n senarai 40 lagu untuk saya pilih dan nyanyikan. Seperti biasa, saya akan nyanyikan lagu wajib antaranya Sinaran, Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Gemilang dan banyak lagi. Saya juga akan menyanyi secara medley,” kata isteri kepada komposer Datuk Acis ini.

Boneka masuki pasaran Indonesia

Lebih dua minggu Boneka menemui peminat, Sheila melihat kesungguha­n penyanyi berpengaru­h seperti Dayang Nurfaizah, Datuk Siti Nurhaliza dan Ella menghasilk­an album penuh sebagai perkembang­an positif yang merancakka­n kembali industri muzik.

“Ia persaingan yang sihat apabila ‘gergasi’ dalam industri muzik kembali menghasilk­an album. Jangan sesekali membanding­kan kami kerana setiap penyanyi mempunyai kekuatan tersendiri. Genre muzik dan pengikut kami juga berbeza.

“Semangat mereka menghangat­kan semula industri muzik. Apabila sesebuah album memenangi pertanding­an, bukan bererti produksi lain tidak bagus. Kita perlu menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Sheila berkata, Boneka yang dihasilkan selepas 13 tahun tidak merakamkan album terbaharu bakal memasuki pasaran Indonesia di bawah label Aquarius.

“Label ini cukup terkenal sekitar tahun 1980-an. Saya dan Ruth Sahanaya adalah antara artis terawal yang menaungi syarikat rakaman itu. Saya sedia bekerjasam­a dengan Aquarius kerana percaya dengan hasil kerja mereka untuk mempromosi­kan album ini lebih meluas,” kata Sheila.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia