Berita Harian

Lapar uji kesabaran, tingkat ketakwaan

-

Imam al-ghazali menulis dalam bukunya bertajuk Kimia Kebahagiaa­n ( The Alchemy of Happiness) menerangka­n antara tanda seseorang itu mencintai Allah SWT ialah mereka tidak takut untuk diuji dan tidak takut dengan kematian yang bakal menjemput. Hal ini terbukti berdasarka­n firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-baqarah, ayat 155)

Ujian yang datang adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Allah SWT tidak akan membiarkan kita dalam kesusahan kerana hakikatnya kasih Allah SWT kepada hamba-nya melebihi segala-galanya.

Antara ujian yang digambarka­n dalam al-quran ialah kelaparan dan melihat kepada paparan berita, ada rakyat di negara tertentu yang berdepan masalah kebuluran seperti Nigeria, Somalia, Sudan Selatan dan Yaman.

Kanak-kanak di sana juga menghadapi masalah kebuluran dan kekurangan zat makanan yang sangat diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Berdepan kebuluran

Menurut jurucakap Tabung Kanak-kanak Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNICEF), Patrick Mccormick, hampir 1.4 juta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan boleh menyebabka­n kematian pada tahun ini disebabkan kebuluran.

Negara yang menghadapi krisis itu majoriti rakyatnya beragama Islam dan sebagai seorang Muslim, kita sepatutnya terkesan apabila membayangk­an keadaan terpaksa dihadapi mereka untuk meneruskan kelangsung­an hidup. Ia berbeza dengan situasi di Malaysia yang kaya dengan limpahan makanan.

Jurucakap UNICEF juga menyatakan, Yaman yang dahulunya mempunyai keperluan serba cukup dan membangun berdepan krisis makanan sejak perang meletus dua tahun lalu, 462,000 kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan berisiko menghadapi kematian.

Negara Somalia pula terjejas kerana menghadapi masalah kemarau mengakibat­kan kesukaran menghasilk­an makanan yang mengakibat­kan 185,000 kanak-kanak di ambang kebuluran, angka ber- kenaan dijangka mencapai 270,000 dalam beberapa bulan mendatang.

Uji tahap keimanan

Ternyata, ujian yang mereka hadapi begitu berat sehingga terpaksa mengikat perut berhari-hari menahan kelaparan sementara menunggu bantuan makanan yang akan datang atau mungkin ajal menjemput terlebih dahulu.

Bagaimanap­un, berbekalka­n iman mereka terus bertahan dan masih berusaha mencari makanan walaupun berdepan kesukaran kerana percaya rezeki itu pasti ada buat mereka yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Melihat situasi ini, kita seharusnya meneroka hikmah di sebalik ujian berlaku terhadap rakyat di negara berkenaan. Kita harus tahu mereka adalah insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk diuji sejauh mana tahap keimanan dan

kebergantu­ngan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang ber

maksud: “Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan ( juga) kamu sungguhsun­gguh akan mendengar daripada orang yang diberi kitab sebelum kamu dan orang yang memperseku­tukan Allah, gangguan banyak yang menyakitka­n hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhn­ya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.” (Surah Ali-imran, ayat 186)

Lahirkan ketakwaan

Hanya kesabaran menjadi pengubat untuk menghadapi pedihnya ujian kelaparan dan dengan kesabaran yang dimiliki pasti akan mewujudkan sifat takwa dalam diri. Selepas kepahitan yang dihadapi pasti ada kemanisan buat mereka pada penghujung­nya.

Allah SWT berfirman yang ber

maksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaiman­a halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsara­an, serta digoncangk­an (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolonga­n Allah? Ingatlah, sesungguhn­ya pertolonga­n Allah itu amat dekat.” (Surah alBaqarah, ayat 214)

Syurga itu terlalu mahal dan bukan calang-calang orang yang dapat memasukiny­a. Jika kita belum mampu melalui ujian yang diberi dengan iman dan sikap kebergantu­ngan sepenuhnya kepada Allah SWT, kita masih belum layak untuk ke syurga-nya. Moga mereka yang menghadapi ujian kelaparan akan dihadiahka­n syurga kelak.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Negara yang menghadapi krisis kebuluran majoritiny­a beragama Islam kita sepatutnya terkesan dengan keadaan dihadapi mereka untuk teruskan kelangsung­an hidup.
[FOTO HIASAN] Negara yang menghadapi krisis kebuluran majoritiny­a beragama Islam kita sepatutnya terkesan dengan keadaan dihadapi mereka untuk teruskan kelangsung­an hidup.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia