Berita Harian

NS, Terengganu iringi Kedah ke separuh akhir

Pemain Negeri Sembilan, Marko Simic (kanan) diasak pemain Sabah pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Negeri Sembilan layak ke separuh akhir selepas menang agregat 1-0. Ms.

- Oleh Mohd Amin Jalil bhsukan@bh.com.my

Negeri Sembilan mara ke separuh akhir selepas beberapa kali dinafikan tiang gol ketika aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Sabah yang berkesudah­an 0-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Skuad Habin Jang Hobin layak menerusi kelebihan agregat 1-0 selepas membenam skuad Sang Badak pada suku akhir pertama di Stadium Likas, 1 April lalu.

Biarpun beraksi di hadapan lebih 20,000 penyokong, pemain Negeri Sembilan gagal menembusi benteng Sabah, malah mereka diberikan tekanan skuad pelawat yang turut berusaha mendapatka­n gol.

Kedua-dua pasukan saling melakukan serangan pada minit-minit awal permainan dalam usaha mendapatka­n gol.

Sabah dilihat beberapa kali menguji bahagian benteng tuan rumah, namun percubaan ke arah pintu gol menerusi gandingan Leopold Alfonso dan Rahman Shah Marjaeh kerapkali tersasar atau mudah dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Skuad Sang Badak yang memerlukan gol penyamaan bagi memadamkan defisit dilihat bekerja keras mendapatka­n gol hingga memaksa pertahanan Negeri Sembilan bertindak agresif menghalang setiap gerakan pemain lawan.

Hobin Jang Hobin yang menurunkan barisan terbaik mereka dalam misi melangkah ke separuh akhir menyandark­an harapan kepada gandingan Bruno Suzuki dan Marko Simic mengemudi jentera serangan, namun gagal mendapatka­n jaringan.

Sabah cari gol penyamaan

Kedua-dua tonggak utama itu dilihat berusaha keras memecah bahagian benteng pelawat, namun pergerakan mereka dikawal kemas pertahanan Sabah.

Percubaan terbaik tuan rumah adalah pada minit ke-35, apabila Nemanja Vidic melakukan sepakan deras ke arah pintu gol Sabah, tapi Rozaimie Rohim berada pada posisi tepat untuk menafikan percubaan berkenaan.

Pada penghujung babak pertama, pintu gol Negeri Sembilan cemas seketika apabila Masaya Jitozono melakukan percubaan tepat ke arah gawang, namun Mohd Kaharuddin Abd Rahman berjaya menangkap kemas untuk berkesudah­an tamat separuh masa pertama, 0-0.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan dilihat memperkema­skan jentera serangan dengan menggandak­an asakan ke kubu Sabah dalam misi mendapatka­n gol, namun setiap kali percubaan dilakukan barisan serangan tidak menepati sasaran.

Mohd Noor Hazrul Mustapa hampir meletakkan tuan rumah di depan tetapi sepakan percuma dari jarak 25 meter pada minit ke-73, terkena palang.

Usaha kedua-dua pasukan untuk mencari gol terus buntu apabila perlawanan berkesudah­an seri tanpa jaringan.

 ?? [ FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN / BH ] ??
[ FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia