Berita Harian

LIGA MALAYSIA

Amri diberi kebebasan pilih MU atau Selangor

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Penyerang Melaka United, Amri Yahyah bebas untuk memilih sama ada mahu kekal bersama skuad Hang Tuah atau kembali ke pangkuan bekas pasukannya, Selangor.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya memberi kebebasan kepada Amri untuk membuat keputusan itu selepas berakhir pusingan pertama Liga Super, Rabu ini.

Malah, Mohd Yusoff mengesahka­n pihaknya sudah mengadakan perbincang­an dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal dan Amri.

“Kami sudah jumpa Subahan dan berbincang mengenai perkara ini. Perbincang­an dengan Amri pun sudah dilakukan.

MU tiada halangan

“Sekarang ini kami menyerahka­n kepada Amri untuk membuat keputusan terbaik. Keputusan itu perlu dibuat selepas perlawanan terakhir pusingan pertama berdepan PKNS FC, Rabu ini.

“Kami berbesar hati sekiranya Amri mahu kekal (bersama Melaka), namun jika dia mahu kembali berbakti kepada negeri sendiri pun kami tidak akan halang,” katanya sambil mengakui Amri antara pemain terbaik di Malaysia.

Sekiranya Amri membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan The Red Giants, dia boleh didaftarka­n pada jendela perpindaha­n kedua yang bermula pada 15 Mei hingga 11 Jun ini.

Penyerang veteran berusia 36 tahun itu menyertai Melaka United musim ini selepas tiga tahun bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

 ??  ??
 ??  ?? Amri Yahyah
Amri Yahyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia