Berita Harian

Zaleha ikon dunia pendidikan Islam

Rektor UIAM terima anugerah ISESCO di Maghribi, Februari lalu

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof afzan@bh.com.my

Sumbangan besar mempromosi bidang pendidikan tinggi dalam dunia Islam, melayakkan Rektor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin, 56, menerima anugerah Pertubuhan Pendidikan Islam, Saintifik dan Kebudayaan (ISESCO).

Itu antara pencapaian tertinggi Prof Zaleha pada peringkat antarabang­sa yang juga diperkenal­kan kali pertama oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Prof Zaleha yang menerima anugerah itu ketika Persidanga­n Antarabang­sa Persekutua­n, Universiti Dunia Islam (FUIWISESCO), di Rabat Maghribi, Februari lalu, seharusnya menjadi ikon wanita dalam dunia pendidikan Islam.

Beliau juga mencatat sejarah sebagai rektor wanita pertama UIAM dan universiti Islam di seluruh dunia, berkata anugerah itu diterima berikutan sumbangan idea membangunk­an model dalam mengukur kecemerlan­gan universiti di bawah negara OIC.

“Idea itu membabitka­n kaedah pengajaran dan penyelidik­an institusi pengajian tinggi (IPT) di negara OIC. Model itu bertujuan membantu universiti mencapai status penarafan bintang,” katanya kepada BH.

Prof Zaleha berkata, pengukuran kecemerlan­gan universiti di Barat menggunaka­n sistem rangking manakala dalam kalangan IPT Islam di negara OIC, menggunaka­n sistem penarafan bintang atau rating.

“Sistem ini menentukan kualiti universiti di negara Islam yang menawarkan kursus pendidikan Islam dan ia kali pertama diperkenal­kan di negara berkaitan termasuk UIAM.

“Ketika ini, sebanyak 320 universiti Islam di bawah OIC,” katanya.

Cabaran besar

Beliau berkata, tahun ini menjadi cabaran besar beliau dan UIAM yang kini turut melaksanak­an projek perintis dari segi penarafan bintang untuk universiti terbabit.

Prof Zaleha yang dilantik sebagai rektor pada 2011 menegaskan, beliau menyahut seruan kerajaan membawa UIAM ke arah ‘pengantara­bangsaan’ yang antara lain memperting­katkan jumlah pelajar dari luar negara dan pencapaian cemerlang pelajar pada pe- ringkat dunia.

“Antara pencapaian tertinggi ialah apabila pasukan debat UIAM muncul juara pada Pertanding­an Debat Antara Universiti (Cambridge IV) di Universiti Cambridge, London baru-baru ini.

“Selain itu, UIAM menyasarka­n 30 peratus pelajarnya daripada luar negara menjelang 2020,” katanya.

Prof Zaleha menitikber­atkan aspek disiplin kerana ia tonggak kejayaan dalam apa juga bidang diceburi.

Kecemerlan­gan beliau yang memiliki kepakaran dalam bidang perundanga­n keluarga terus terserlah apabila turut dilantik sebagai Ahli Panel Majlis Perundanga­n Islam dan Ahli Exco, Oxonia, University Network, Oxford.

Selain kerja penyelidik­an, beliau turut menulis lebih 20 buku berkaitan bidang perundanga­n.

“Saya lakukan yang terbaik. Membina keluarga, kerjaya dan kerja sukarelawa­n pada satu masayang memerlukan pengurusan masa yang baik. Saya pastikan keluarga diberi keutamaan, termasuk memastikan berjemaah Maghrib dan makan malam bersama.

“Kerja sukarelawa­n umpamanya saya susun ikut keutamaan, apatah lagi sejak menjadi rektor, tugasan saya lebih banyak,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran wa- nita menjawat tinggi, Prof Zaleha berkata penonjolan, kebolehan dan intelektua­l yang dimiliki golongan itu menjadi kriteria utama untuk layak menjadi pemimpin.

Isu gender tak ketara

Katanya, di Malaysia isu gender tidak begitu ketara berbanding di Timur Tengah yang kurang mengiktira­f dan mengangkat wanita di tempat yang tinggi.

“Contoh mudah, ketika saya menghadiri persidanga­n, di Riyadh pada 2012, mereka meletakkan tirai bagi memisahkan antara peserta lelaki dan wanita,” katanya.

Prof Zaleha berkata, selain kerjaya, wanita seharusnya membabitka­n diri dengan kerja sukarela atau persatuan kerana ia membantu membina peribadi, sosialisas­i dan nilai murni dalam diri.

“Wanita perlu berjiwa besar dan bercakap mengenai isu yang besar juga. Jangan kita sibuk bercakap soal gincu, terkini hingga terlupa dengan negara jiran kita yang sedang bergolak.

“Salah satunya ialah menerusi pendidikan. Saya mahu wanita kita berpendidi­kan dan memiliki fikiran yang ke depan. Ini kerana saya yakin, wanita berpendidi­kan, berupaya melahirkan generasi yang bijak pandai juga,” katanya.

 ??  ?? Prof Zaleha menerima anugerah Pertubuhan Pendidikan Islam, Saintifik dan Kebudayaan Persidanga­n Antarabang­sa Persekutua­n, Universiti Dunia Islam di Maghribi, Februari lalu.
Prof Zaleha menerima anugerah Pertubuhan Pendidikan Islam, Saintifik dan Kebudayaan Persidanga­n Antarabang­sa Persekutua­n, Universiti Dunia Islam di Maghribi, Februari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia