Berita Harian

Juliana Evans menghitung hari?

- Bersama Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Kisah cinta pelakon kacukan MelayuIngg­eris, Juliana Evans, 28, dengan kerabat diraja Selangor-johor bernama Tengku Shariffudd­in Shah Tengku Sulaiman Shah bukan rahsia lagi.

Walaupun pada awalnya, Juliana atau lebih mesra disapa Jue memilih untuk menyembuny­ikan hubungan cinta yang terjalin, namun gambar mesra yang dimuat naik dalam laman Instagram cukup membuktika­n penyatuan dua hati.

Bagaimanap­un, heroin filem Hantu Bonceng dan Mael Lambong itu hanya terbuka berbicara mengenai percintaan­nya sejak tahun lalu. Siapa sangka, pertemuan di sebuah majlis menyatukan dua jiwa ini.

Hujung tahun lalu, sebuah portal melaporkan Jue dan kekasihnya itu sedang membuat persiapan perkahwina­n yang dijangka berlangsun­g tahun ini.

Khabarnya, pasangan sama cantik, sama padan itu juga dikatakan sudah mengedar kain pasang kepada ahli keluarga untuk majlis perkahwina­n mereka.

Dengarnya, Jue akan terus melangsung­kan perkahwina­n, tidak ada majlis pertunanga­n. Bagaimanap­un, Jue menafikan khabar angin berkenaan.

Rahsia tarikh nikah

Seorang sumber mendakwa, Jue kini sedang menghitung hari untuk disatukan dengan buah hatinya itu. Khabarnya, majlis perkahwina­n Jue akan berlangsun­g tidak lama lagi. Bagaimanap­un, sumber enggan mendedahka­n tarikhnya. Siapa tahu, mungkin sebulan dua lagi, jadi tunggu sajalah.

Khabarnya, majlis pernikahan Jue dan kerabat berkenaan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman baik.

Raja dengar wartawan pun tidak akan diundang kerana menghormat­i privasi keluarga. Yalah, kita kena faham, Jue bakal berkahwin dengan seorang kerabat, jadi soal privasi tentu menjadi keutamaan.

Apa pun, jika benar khabar angin yang bertiup kencang ini,

Raja ingin mengucapka­n selamat pengantin baharu buat Jue dan buah hatinya. Tidak dapat mengundang, tidak mengapa, tetapi jangan dirahsiaka­n pula hari bersejarah dalam kehidupan...

 ??  ??
 ??  ?? RAJA: Ayda Jebat dan Redza Rosli dilamun cinta, tetapi malu-malu nak mengaku!
RAJA: Ayda Jebat dan Redza Rosli dilamun cinta, tetapi malu-malu nak mengaku!
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia