Berita Harian

Hasut suami benci wartawan

-

Alahai muka saja cantik dan kononnya sangat lemah lembut tetapi perangai boleh tahan lagaknya. Tidak sangka, pelakon suam-suam kuku yang suka berlagak baik ini mempunyai hati yang busuk.

Entah mengapa sejak bercerai dulu, pelakon ini seperti memusuhi wartawan. Dulu, sikapnya tidak begitu.dia mudah didekati, malah hubungan dengan wartawan juga baik.

Sekarang terlalu sukar mendapat kerjasaman­ya. Ada ketika apabila mendapat tahu wartawan menantinya untuk ditemu bual, ada saja alasan diberikan. Banyak kali juga dia tidak datang acara sedangkan sebelum itu, beriya-iya berjanji.

Nampak sangat nak melarikan diri. Hubunganny­a dikatakan dingin dengan wartawan tanpa sebab. Mahu jawab panggilan susah, apatah lagi menerima pelawaan untuk sesi fotografi.

Takut bayang-bayang sendiri

Risik punya risik, baru kini Raja faham apa yang berlaku. Khabarnya, pelakon itu takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia tidak mahu cerita kecurangan­nya hingga rumah tangganya dulu hancur berkecai dihidu wartawan.

Alahai... Ada wartawan sudah dapat bayangan daripada bekas suaminya dulu, tetapi malas mahu masuk campur. Bukan wartawan tidak tahu kisahnya diserang isteri aktor berkenaan di sebuah pusat belibelah. Tetapi wartawan tetap menjaga aibnya yang ketika itu masih menjadi isteri orang.

Itu pun dia masih tidak reti bersyukur dan sentiasa menuduh wartawan kejam dan suka menjaja cerita buruk. Tidak mengapa jika tidak suka pada wartawan, kami tidak rugi apa pun.

Tetapi apabila dia mendirikan rumah tangga lagi, perangainy­a masih tidak berubah. Kali ini diajaknya pula suami baharunya untuk sama-sama memusuhi wartawan. Usah jadi manusia takut kepada bayang-bayang sendiri!

RAJA: Seorang artis popular suka merakamkan sesi temu bual bersama wartawan seolah-olah tidak percaya kredibilit­i rakan media. Kalau tidak percaya, jangan panggil wartawan apabila buat pelancaran produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia