Berita Harian

Biar jadi tanda tanya

Harry Styles bawa peminat dekati sisi sebenar diri menerusi lagu

- Dari Ms. 64

Meskipun ada yang mengandaik­an, album itu berlegar mengenai hubunganny­a dengan Kendall Jenner yang didekatiny­a sepanjang tahun 2014, Styles membiarkan persoalan itu menjadi tanda tanya. Styles bagaimanap­un, tidak berselindu­ng apabila diajak berbicara mengenai kepahitan perpisahan dengan Swift.

“Tidak kira apa juga usia, menjalin hubungan bukan perkara yang mudah. Tambahan pula, ketika itu, saya baru berusia 18 tahun dan masih belum memahami erti cinta yang sebenar. Pencarian itu menemukan saya dengan sesuatu yang sukar.

“Apa yang saya maksudkan, ia agak janggal untuk dimulakan. Memang kamu keluar dengan seseorang yang disukai dan ia kedengaran begitu mudah. Tetapi semua itu menjadi proses pembelajar­an buat diri.

“Jauh di sudut hati, saya cuma mahukan sebuah percintaan yang normal,” katanya mengenai hubungan yang memberi inspirasi kepada Swift untuk menghasilk­an dua lagu iaitu Out Of The Woods dan Style yang dimuatkan dalam albumnya yang mencecah jualan multiplati­num, 1989.

Cerita diri

Memperuntu­kkan selama dua bulan sepanjang musim luruh lalu bersama produser, Jeff Bhasker di sebuah studio di pedalaman

Port Anonio, Jamaica untuk kerja rakaman, lokasi yang sama juga menjadi pilihan Rihanna dan Drake untuk merakamkan album mereka.

Mencipta identiti tersendiri ketika bersama One Direction, Styles bagaimanap­un memberi jaminan kepada peminat album itu membawa sesuatu yang segar dan berkemungk­inan tidak pernah dijangka.

“Ia berbeza daripada jangkaan ramai. Ia membuatkan saya sedar, ketika bersama One Direction dulu, karakter saya sudah dibentuk. Rasanya tidak ramai yang tahu sisi sebenar yang saya cuba tampilkan dalam album ini.

“Semua itu saya luahkan dalam produksi ini dan mungkin orang akan berkata, apakah ini Harry Styles?,” katanya.

Styles berkata, kejujuran menjadi kunci utama dalam menggerakk­an keseluruha­n pengisian album solonya itu.

“Saya tidak mahu sekadar menulis cerita, sebaliknya saya menulis mengenai diri dan apa yang berlaku dalam kehidupan sendiri. Perkara pertama yang saya tekankan ialah kejujuran dan ia tidak pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Pertahan peminat muda

Produksi itu juga menyaksika­n Styles menuju haluan baharu dengan pengaruh muzik yang lebih dewasa.

Peralihan itu mencetuska­n tanda tanya mengenai tekanan yang terpaksa dilaluinya untuk membolosi demografik lebih matang.

Mempertaha­nkan peminat muda,

Styles begitu ghairah memberikan pandangann­ya apabila subjek itu disentuh.

“Siapa bilang peminat muda yang meminati pop mempunyai selera muzik yang teruk berbanding lelaki berusia 30 tahun? Bukan hak kita untuk menentukan­nya kerana muzik sentiasa berubah. Ada juga gadis muda yang meminati

Beatles.

Tidak kira apa juga usia, menjalin hubungan bukan perkara yang mudah. Tambahan pula, ketika itu, saya baru berusia 18 tahun dan masih belum memahami erti cinta yang sebenar Harry Styles

“Apakah itu bermakna mereka tidak serius? Mereka adalah masa depan negara yang akan memastikan dunia terus membangun,” katanya.

Bagi Styles, kredibilit­inya akan terus diperhatik­an peminat yang mengagumin­ya ketika memulakan perjalanan­nya bersama One Direction dan perkara itu tidak pernah memberinya masalah.

“Peminat terutama remaja belasan tahun tidak pandai menipu. Sekiranya menyukai kamu, mereka akan berada di situ. Mereka tidak pandai berpura-pura. Sekiranya mereka meminati kamu, mereka akan memberitah­unya,” katanya.

One Direction kembali bersatu?

Pada akhir tahun 2014, ketika berada di sebuah studio di London, Styles mencadangk­an kepada ahli kumpulanny­a supaya mereka berehat seketika.

“Saya tidak mahu peminat kami penat. Sekiranya gelap mata, boleh saja kami meneruskan siri jelajah tetapi ia hanya membebanka­n. Kami sudah kepenatan dan tidak mahu mengheret sama kepercayaa­n peminat terhadap One Direction,” katanya.

Selepas beberapa siri perbincang­an, One Direction akhirnya bersepakat untuk berehat seketika. Pengumuman itu dibuat pada Ogos 2015 dan ia mencetuska­n trauma kepada peminat, terutama apabila Zayn Malik terlebih dulu meninggalk­an One Direction.

Mereka bagaimanap­un, masih meneruskan beberapa siri persembaha­n sehingga Oktober. Bagi Styles, memori bersama

One Direction tidak pernah terhakis malah tidak menolak kemungkina­n untuk kembali bersatu pada masa akan datang.

“Saya sayangkan One Direction dan tidak pernah menolak kemungkina­n bergabung pada masa akan datang. Kumpulan itu banyak mengubah kehidupan saya, malah memberikan saya segala-galanya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia