Berita Harian

‘Raja Bomoh’ mengaku salah

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur perintah Ibrahim Mat Zin berkelakua­n baik selama 6 bulan, ikuti kelas akidah, fardu ain selepas mengaku salah hina Islam Ibrahim Mat Zin bertaubat disaksikan Mufti Wilayah Persekutua­n

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Individu yang sebelum ini terkenal dengan gelaran ‘Raja Bomoh’ atas tindakanny­a menilik beberapa kejadian menggempar­kan di negara ini, mengaku semua perkara dibuatnya itu tidak benar dan bertaubat.

Ibrahim Mat Zin, 66, yang tampil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) semalam, berkata semua tilikan dibuatnya diarah pihak tertentu seolah menjadikan­nya sebuah kisah benar.

Diarah orang tertentu

“Jangan percaya tindakan saya ambil buah kelapa goyang-goyangkan... ambil buluh sambil teropong dan nampak sesuatu... sebenarnya ini semua drama hendak menyeronok­kan cerita.

“Saya buat semua ini kerana diarah orang tertentu seperti sebuah drama, untuk menjaga kepentinga­n mereka, tapi saya tak boleh cakap siapa mereka dan orang ini suruh saya buat lima drama,” katanya dalam pengakuann­ya.

Katanya, dia tidak dapat mendedahka­n nama pihak yang menyuruhny­a namun berjanji tidak mengulangi kesilapan atas kesalahan menghina agama Islam atau menyebabka­n Islam dipandang hina.

“Bila buat, ini akibat saya terima... tidur di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dua hari, tidur di lokap Jinjang tiga hari. Depa (individu yang mengarahka­nnya) dapat sedap saya dapat tidur lokap.

“Saya dah berusia lebih 60 tahun, takkan hendak buat kerja salah ini, nasib baik Datuk Mufti tolong saya,” katanya.

Ibrahim yang menyedari semua kesilapan dilakukan, turut memohon maaf kepada semua umat Islam dan bukan beragama Islam di seluruh dunia yang melihat dan menonton perlakuann­ya menerusi laman Youtube.

“Saya bertaubat dan menyusun 10 jari memohon maaf serta berjanji tidak akan melakukan perkara salah... tidak mahu jadi alat kepentinga­n orang lain,” katanya.

Pengakuan dibuat Ibrahim disaksikan Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkua­sa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.

Saya dah berusia lebih 60 tahun, takkan hendak buat kerja salah ini, nasib baik Datuk Mufti tolong saya” Ibrahim Mat Zin, Raja Bomoh

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Ibrahim (kanan) bersalam dengan Zulkifli selepas sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Ibrahim (kanan) bersalam dengan Zulkifli selepas sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia